CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan pengunjung cedera ditikam, ratusan ditahan di Karnival Notting Hill London

28-8-2024 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19393| Komen: 0

 


LONDON: Karnival Notting Hill iaitu antara festival jalanan tahunan terbesar di dunia terus dicemari dengan insiden tikaman, dengan tahun ini ia mengakibatkan lapan pengunjung cedera.

Susulan itu, polis menahan ratusan pengunjung festival yang diadakan di barat London, bagi membantu siasatan terhadap insiden yang berlaku sejak Ahad lalu.

Menurut Polis Metropolitan London, lima mangsa berdepan serangan itu pada hari terakhir festival yang berlangsung selama tiga hari.

"Insiden itu berlaku selepas tiga pengunjung ditikam pada Ahad dengan keadaan mereka kini dilaporkan kritikal.

"Karnival yang berjaya menarik lebih sejuta pengunjung setiap tahun itu turut mencederakan 35 pegawai polis," katanya.

Akibat kejadian itu, polis menahan sekurang-kurangnya 230 individu, semalam, termasuk 49 daripadanya memiliki senjata.

Menurut polis, pihaknya turut merampas tiga senjata api.


Pada tahun lalu, sebanyak 10 insiden tikaman berlaku dengan 300 ditahan dalam karnival sama.

Kira-kira 7,000 pegawai bertugas untuk acara itu, yang beberapa kali dicemari oleh insiden keganasan.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya, Met Ade Adelekan, berkata antara mangsa tikaman ialah seorang wanita yang menghadiri karnival itu bersama anaknya.

"Kami hendak mengelakkan berlakunya insiden maut," katanya sambil menggesa pengunjung karnival melaporkan sebarang jenayah yang mereka saksikan.

Karnival Notting Hill adalah acara yang dipenuhi dengan muzik, kostum dan tarian. - AFP



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.103409 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top