CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan tekad lancarkan tindakan tegas terhadap penyebaran pengisian lucah di Telegram

27-8-2024 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30915| Komen: 13

 


SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol hari ini, mengarahkan pihak berkuasa menyiasat secara tuntas terhadap jenayah seks digital di negara itu.

Arahan itu dibuat pemimpin negara terbabit selepas media mendedahkan penyebaran imej dan video palsu seksual membabitkan wanita Korea Selatan di media sosial, Telegram.

"Ia adalah eksploitasi terhadap teknologi dengan berselindung di sebalik kerahsiaan. Ini satu tindakan jenayah yang jelas," katanya selepas mesyuarat Kabinet.

Yoon bagaimanapun tidak menyebut penyebaran video palsu itu secara spesifik melalui Telegram.

Laporan media tempatan sejak beberapa hari lalu itu, selari dengan penahanan pengasas Telegram kelahiran Russia, Pavel Durov, hujung minggu lalu bagi membantu siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan penipuan melalui aplikasi itu.


Susulan arahan terbabit, pengawal selia media negara itu, Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea, berhasrat mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah untuk menangani jenayah pemalsuan (deepfake) seksual.

Menurut polis, jenayah seks dalam talian membabitkan video 'deepfake' dilaporkan meningkat di Korea Selatan dengan 297 kes dilaporkan hanya dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Katanya, ia jelas meningkat daripada 180 tahun lalu dan hampir dua kali ganda sejak data dikumpulkan pada 2021.

"Kebanyakan tertuduh adalah dalam kalangan remaja dan berusia lingkungan 20-an," katanya.

Laporan media tempatan termasuk satu analisis oleh akhbar Hankyoreh yang mendedahkan berlakunya perkongsian 'deepfake' membabitkan pelajar wanita di sekolah dan universiti di Telegram.

Sehubungan itu, kesatuan guru dan kakitangan pendidikan Korea mendesak Kementerian Pendidikan untuk menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sokongan Bictim Penderaan Seksual Tentera turut mendedahkan jenayah sama menyasarkan anggota tentera wanita di ruang sembang Telegram.

Reputasi Telegram tercalar sejak beberapa tahun lalu di Korea Selatan selepas jenayah peras ugut didalangi kumpulan penjenayah menggunakan media sosial itu.

Pada 2020, ketua kumpulan itu, Cho Ju-bin, dijatuhi hukuman penjara 40 tahun kerana memeras ugut sekurang-kurangnya 74 wanita, termasuk 16 remaja membabitkan imej seksual mereka.

Sementara itu, Telegram belum memberikan maklum balas ketika ditanya berhubung perkara berkenaan. - REUTERS

Sumber : -BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 28-8-2024 12:20 AM
Sembang kah?
Quote azimodin 28-8-2024 06:26 AM
Wayang je ni. Masa rakyat mintak release nama2 orang yg langgan n-th room & doctor's room, politician dorang paling awal cakap xpayah.
Kes baru ni geng2 feminist mintak gomen ambik tindakan terhadap orang2 yg buat video deepfake ni. Tapi ada jantan2 tak guna yg expose maklumat peribadi "feminist" ni supaya jantan2 gersang boleh serang.

Lagi seram, jumlah pelanggan explicit chatroom ni melebihi jumlah kelahiran tahunan korea selatan. Perempuan pon takut nak beranak kalau ramai sangat jantan x guna
Quote manop 28-8-2024 07:47 AM
pembawak betol lah Telegram ...
Quote AbukRokok 28-8-2024 08:35 AM
hanya alasan utk operasi sekat kebebasan bersuara global
klu nak banteras kne kasi tutup internet dan VPN
Quote Cayn 28-8-2024 09:04 AM
paling ngeri diorang target mak, adik beradik perempuan sendiri. Ada yg nak rape mak deme. Gila dan rosak jantan korea ni.
Quote azimodin 28-8-2024 09:39 AM
Cayn: paling ngeri diorang target ma ...

Betul.. seram la baca jantan2 korea pelanggan chatroom ni. Orang lain pon ada kink jugak tapi dorang ni lain macam. X kisah pon kalau family dorang kena. Siap ada yg sanggup nak tolong tauke chatroom, ala2 ejen dropship gitu.
Quote Tinot7 28-8-2024 09:45 AM
Cayn replied at 28-8-2024 09:04 AM
paling ngeri diorang target mak, adik beradik perempuan sendiri. Ada yg nak rape mak deme. Gila dan  ...

Mana hang baca ni?
Quote missyL 28-8-2024 04:54 PM
Kt twitter ade thread
Quote edayildiz 28-8-2024 05:08 PM
teruk jgk laki korea ni..acikpor kan suka muka sepet gitu..muka mcm benua

Quote azimodin 28-8-2024 05:17 PM
Tinot7 replied at 28-8-2024 09:45 AM
Mana hang baca ni?

Benda ni panjang ceritanya.. ringkasan boleh tengok video ni
[youtube]LInJHJNL9sY?si=T8RYsneOjsOaCQvd[/youtube]

[youtube]PZ0vGxTpasM?si=GL9C-GSwUDpowaYw[/youtube]
Quote TeropongThaico 28-8-2024 08:33 PM
Betul ke???
Quote Tinot7 28-8-2024 09:31 PM
azimodin replied at 28-8-2024 05:17 PM
Benda ni panjang ceritanya.. ringkasan boleh tengok video ni


Terlampau grafik..

Iols tak lalu nak tengok
Quote manop 31-8-2024 07:58 PM

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.205439 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top