CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Hati saya hancur’ – Ibu, kakak Mariah meninggal dunia hari sama

27-8-2024 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30171| Komen: 3

 


“Hati saya hancur.”

Demikian luahan penyanyi Mariah Carey apabila dua insan penting dalam hidup iaitu ibunya, Patricia dan kakaknya Alison meninggal dunia pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pelantun lagu Always Be My Baby itu tetap meluahkan rasa syukur kerana sempat menghabiskan masa dengan kedua-duanya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir.

“Hati saya sangat sedih kerana kehilangan ibu. Malangnya, dalam satu lagi kejadian yang tragis, kakak saya kehilangan nyawa pada hari yang sama.

“Namun, saya rasa bertuah kerana dapat menghabiskan minggu terakhir bersama ibu sebelum meninggal dunia,” ujarnya.

Memetik media antarabangsa, The Guardian, kedua-duanya dilaporkan meninggal dunia pada Isnin (waktu tempatan).

Laporan sama juga tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca kematian kedua-dua insan tersayang Mariah itu namun, mendiang Alison difahamkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman selepas lebih 30 tahun hidup sebagai penghidap HIV.


Mariah atau nama sebenarnya, itu juga meminta agar diberikan masa sebelum bersedia untuk tampil di hadapan umum.

“Saya menghargai kasih sayang dan sokongan serta penghormatan semua orang terhadap privasi saya semasa mengharungi waktu sukar seperti ini,” katanya.

Patricia merupakan seorang penyanyi opera dan mendirikan rumah tangga dengan bapa Carey iaitu Alfred Roy Carey pada Februari 1960.

Biarpun sebelum ini Mariah pernah mendedahkan dia dan ibunya sering bertelagah, namun dia tetap menyayangi kedua-duanya itu dengan sepenuh hati.

Baginya, kehidupan sukar sewaktu pada zaman kanak-kanak hanyalah sebahagian daripada cabaran untuk dia mencapai kejayaan seperti sekarang.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-8-2024 09:22 AM
SALAM TAKZIAH ACIK YAH.
Quote alesandra 28-8-2024 10:44 AM
Mak dia yg mixed ? ingatkan bapak dia black
Quote sapeka 28-8-2024 02:25 PM
Takziah acik mariah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.073855 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top