|
PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 31 kes disyaki cacar monyet atau Mpox sehingga semalam di mana 25 kes telah disahkan negatif, manakala enam masih dalam pemantauan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada kes baharu membabitkan Mpox dilaporkan. “Kes Mpox kekal sembilan kes dari Disember 2023 hingga sekarang, tiada kes baharu (dilaporkan),” katanya. Dzulkefly berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di sini hari ini. Sumber : KOSMO! ONLINE |


bakingsoda replied at 27-8-2024 04:02 PM
ada ke perempuan dlm kalangan yg disyaki terkena mongaypox ni?
gigahertz replied at 27-8-2024 04:01 PM
rasanya di saat komen ini di tulis bende dah merebak serata.
lipans replied at 27-8-2024 04:09 PM
Berkaitan dengan seks kan ni?
lipans replied at 27-8-2024 04:09 PM
Berkaitan dengan seks kan ni?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.