CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Polis trafik KL selamat, kemalangan gara-gara dirempuh kereta ‘pancung’ melulu

27-8-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19236| Komen: 9

 

KUALA LUMPUR – Anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dilaporkan selamat selepas terbabit kemalangan berpunca daripada kereta Honda City yang mengubah lorong secara melulu.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berhubung kejadian itu, tular di media sosial dan disahkan berlaku pukul 10.25 pagi semalam, di Jalan Cheras, di sini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan video tular itu di aplikasi Facebook, sekali gus mengesahkan anggotanya tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku melibatkan kereta Honda City yang mengubah laluan dan dilanggar oleh anggota JSPT yang menghala ke tempat bertugas.

“Anggota terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu dan anggota telah hadir ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu Kosmo! melaporkan, tindakan pemandu kereta cuba ‘memancung’ atau menukar lorong menyebabkan seorang anggota polis trafik mengalami kemalangan sehingga tercampak ke atas jalan raya.

Menerusi rakaman dashcam berdurasi 28 saat yang tular di media sosial, pada mulanya anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang berada di lorong paling kiri.


Pada saat ke-23, kereta jenis Honda City berwarna kelabu dari arah kanan kelihatan terburu-buru menukar lorong sehingga menyebabkan anggota polis itu tidak sempat berhenti lalu merempuh belakang kenderaan itu.

Kemalangan itu menyebabkan motosikal anggota polis tersebut berpusing beberapa kali sehingga dirinya tercampak ke atas jalan raya bersama barang-barang peribadinya. 


Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 27-8-2024 09:09 AM
Alhamdulillah. Biasa pancung2 ini rasakanlah.
Quote OshinDaSolja 27-8-2024 04:45 PM
kesian abg trafik tersebut... selamat menjawab di balai la driver kereta Honda tu
Quote hokeypokey 27-8-2024 04:52 PM
fuh nasib baik tak teruk
Quote belilies 27-8-2024 05:51 PM
Korang kat kl tu bila driving pun cam takda kepala je.
Quote missbigrockstar 27-8-2024 06:16 PM
Ni pancung lipat terus sebab last minute nak masuk simpang kiri ke?
Ni bukan titik buta dah, ni buta perut.
Membahayakan banyak nyawa.
Mendapat lah menjawab di balai.
Quote shernazz 27-8-2024 06:18 PM
Bodo gila..
Nasib tak mati
Kawan iols baru meninggal eksiden kelmarin..
Gara gara viva uturn kat tempat tak sepatutnya
Bodo sungguh...
Quote bottombikini 27-8-2024 07:01 PM
mampuih la hang H
mmg perangai
Quote noah8670 27-8-2024 08:27 PM
mcm dia nk berhenti di bas stop sebelah tu..

bahaya betul.. patutnya kes kes mcm ni kena gantung lesen terus 3 bulan ke.. kena baiki merit2 kejara
Quote nisako 28-8-2024 08:39 AM
mmg bodoh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068339 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top