|
NEW DELHI – Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki tidur dengan tenang di atas landasan kereta api dengan menggunakan sekaki payung untuk berlindung daripada panas matahari, lapor portal berita Times Now semalam. Namun, ketika dia sedang tidur, sebuah kereta api bergerak ke arahnya. Bagaimanapun, kereta api tersebut kemudian berhenti dan pemandunya turun untuk mengejutkan lelaki tersebut. Insiden itu berlaku ketika kereta api berkenaan yang sedang dalam perjalanan dari Prayagraj dalam negeri Uttar Pradesh menuju ke Pratapgarh, menghampiri persimpangan kereta api Mau Aima. Video itu kini menjadi tular di media social. Selepas lelaki itu bangun dan beredar dari landasan, kereta api itu meneruskan perjalanannya. Netizen turut memuji sikap baik pemandu kereta api itu. – AGENSI
Sumber : KOSMO! ONLINE |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 05:43 PM GMT+8 , Processed in 1.550181 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.