CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami ugut kahwin lain sebab isteri bersalin ‘czer’ - "Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?"

27-8-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23340| Komen: 105

 


PETALING JAYA – Bukan semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri melahirkan anak, lebih-lebih lagi selepas si ibu bertarung nyawa berjam-jam lamanya.

Lebih menyayat hati, si suami sanggup mengugut untuk berkahwin lain semata-mata kerana isterinya bersalin menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Kisah tersebut diceritakan oleh seorang wanita menerusi akaun TikTok sehingga mendapat lebih 822,000 tontonan.

Beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dimuat naik memaparkan suaminya memarahi si isteri dengan menyifatkan ‘sudah rosak’ kerana tidak bersalin secara normal.

Bukan itu sahaja, suaminya yang difahamkan tidak berada bersama-sama dengannya di dalam wad bersalin turut meminta isterinya untuk tidak menghubunginya lagi.

“Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?


“Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia. Semua ini dah berlalu namun masih sakit,” tulis wanita itu di ruangan kapsyennya.

Perkongsian wanita itu lantas menimbulkan rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial khususnya para ibu yang menganggap lelaki tersebut tidak bertanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Nangis saya baca. Sepatutnya dia (suami) bersyukur tau isteri selamat. Bertarung nyawa semua, akhirnya kau boleh cakap ‘awak dah rosak’. Ya Allah,” komen Syahirah.

“Semoga awak dapat lelaki yang lebih baik. Saya ‘czer mom’, bukan benda yang kita boleh pilih. Keselamatan anak adalah nombor satu. Awak dan anak perlukan suami dan bapa lebih baik,” komen Fairyna.

“Sebelum mengandung kalau boleh pastikan suami tak macam ni, yang membuatkan tak berbaloi untuk korang mengandung, sakit beranak sampai lah nak jaga anak tu. Lelaki macam tu tak sepatutnya jadi bapa,” komen Izzy.

Dalam pada itu, ada juga beberapa wanita turut berkongsi pengalaman sama apabila ‘dibuang’ oleh suami kerana terpaksa bersalin secara czer.

“Masa aku kena tolak ’emergency czer’, aku merayu dengan ‘nurse’ nak telefon suami. Masa tu dah tak ada masa, memang anak dah nak lemas. Lepas itu sampai hati dia senang-senang cakap macam tu. Bukan kita yang pilih jalan macam ni,” komen Afidah.

“Kenapa kalau czer ja mesti mereka (para suami) anggap badan kita rosak. Pernah juga hampir macam ni, tapi dah terpaksa. Badan dah lemah sangat rasa. Tapi kena marah dengan suami sebab tak berusaha langsung katanya,” komen Anis Anuar.


Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 27-8-2024 08:29 AM
Apa yang rosak kalo czer???

Ke rosak poket?? Laki kena bayar? Tu laa.. keje lg taraf PPRT mmg la mengamuk kena kuarkan duit sendiri bayor medical
Quote dani-rox 27-8-2024 08:34 AM
beranak ikut mulut mcm citer acik norkumalasari
Quote makiting 27-8-2024 08:34 AM
pemikiran kuno apakah si lelaki sekelian... adoiii orang lelaki ni kata ada 9 akal... p la google ke tanya doktor ke... ni belajar malas tau nak ikut kepala sendiri aje
Quote Kitty_catz 27-8-2024 08:36 AM
kesian dapat tok laki bodoh

salam takziah dhekk
Quote BoongaKertas 27-8-2024 08:36 AM
jantan mcm ni masih wujud ya. mohon dia ditelan bumi lah hendaknya. jgn hidup dah.
Quote syamzana 27-8-2024 08:38 AM
rosak apanyehhh...cuba huraikan sikit.
miss v pun kekal elok kejadian

Quote Moklove92 27-8-2024 08:39 AM
Jijik nak mampos. Masalah laki Melayu camni la. Ayat2 biasa:

i. "Mak saya dulu beranak ramai, tak payah czer segala"
ii. "Kenapa badan dah tak mcm dulu? Mak saya elok je lepas beranak 5"
iii. "Kenapa perlu saya bangun sekali ye malam2? Saya kerja kot"
iv. "Bil czer mahal, paksa jugak normal"

Kepala bana dia. Lupa bapak dia dulu bagi mak dia bibik. Dia pulak bibikkan bini dia lepastu harapkan isteri terjaga badan. Eh vaviiiii.

Untuk adik di atas, kalau gini la dia layan ko masa lepas beranak, percayalah cakap aku, takkan tahan lama. Percayalah.
Quote fanaz82 27-8-2024 08:41 AM
apa la punya jantan macam ni. isteri tu bertarung nyawa, kena potong 7 lapisan kulit utk zuriat dia jugak. tak reti bersyukur
Quote cutieslilies 27-8-2024 08:45 AM
eh..menyirap betul  bila baca..semoga jantan x guna tu sampai sudah xde keturunan..

apa yg rosak?.. laki aku lagi suh dr csec je.. xsanggup tgk aku sakit menahan beranak normal..

2 csec 1 normal hadir memberi semangat...

kalau masih berlakikan jantan mcm ni...murahnyaaaa ko dek...
Quote dua_chzy 27-8-2024 08:45 AM
Mesti seorang jantan bajet terpaling sokong Palestin. Geng liberal tak fikir gini punya.
Quote dua_chzy 27-8-2024 08:46 AM
Bukan seorang.

Seekor.
Quote Sazreena 27-8-2024 08:51 AM
Harap jantan ceni dimandulkan je..sesia jadi suami kalau tak reti hargai pengorbanan isteri.
Quote Moklove92 27-8-2024 08:51 AM
Kawan sis pernah complain dulu dia terasa hati, husband dia kantoi tengok benda2 tak elok dekat phone. Bila kantoi, husband dia cakap "stretchmark ni semua bila nak hilang? Saya ada selera saya tengok minah salleh semua tegang dan terletak. Mak dgn kakak saya tak ada stretchmark mcm awak pun sebab tu saya tengok benda2 ni".

Bila mintak duit pergi laser stretchmark tau pulak sengkek. Bodoh sangat ye org kita. Stretchmark tu macam2 faktor, antaranya keturunan. Kalau nak result cepat memang kena laser.

Kalau nafkah pun 200 je sebulan tu pun mintak balik 50 hujung bulan, hazab dik ko punya taste condo bajet flat. Haih.
Quote mayaHD 27-8-2024 09:01 AM
setelah makan hati dengan suami, setahun lagi mengandung lagi anak ke 15 dengan alasan rezeki
Quote cycra 27-8-2024 09:04 AM
sekolah sampai tingkatan berapa laki ko dik oiii,,orang nak kawin dia pun nk kahwin,,orang ngesek dia lebih lagi,,mai bab ni auto lembam,,benci aku laki gini,,

jangan dipersiakan hidup menagih laki bodoh gini..

ikhlas dari mom yg 3x czer...
Quote edayildiz 27-8-2024 09:04 AM
kalau beranak ikt tingkap kan lg ok dr normal kn..
pelikk..
tp saja nk tnya..kalau kita nk beranak czer tu kan..kita blh je jn request kn sbb xnk beranak normal....mcm sakit je normal...saja tnya
Quote annehuda 27-8-2024 09:05 AM
Moklove92 replied at 27-8-2024 08:51 AM
Kawan sis pernah complain dulu dia terasa hati, husband dia kantoi tengok benda2 tak elok dekat phon ...

camne laki die tau mak dgn kakak die takde stretch mark? dia penah nampak mak and kakak die tak pakai baju ke? sesuatu sgt la laki die tu. laki dia tu badan herlok sangat ke persis hugh jackman demand nk bini takde parut?
Quote Moklove92 27-8-2024 09:05 AM
edayildiz replied at 27-8-2024 09:04 AM
kalau beranak ikt tingkap kan lg ok dr normal kn..
pelikk..
tp saja nk tnya..kalau kita nk beranak c ...

Boleh request. Nama dia elective czer.
Quote adeqbun 27-8-2024 09:06 AM
Senang cite ko stay dh kenapa..serakan je laki gini..1 sen x guna..campak dlm lubuk pon boya xmau makan..

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top