CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Hilang : Pulanglah Maira...

26-8-2024 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45763| Komen: 10

 

Tawau : "Mohon jasa baik semua untuk mengesan keberadaan adik Nur Humaira Syafiqah, 15, kerana keluarga risaukan keadaannya."

Itu harapan Ayu Naldi, 39, apabila adik bongsunya yang mesra dengan panggilan Maira hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas balik sekolah sejak Jumaat lalu.

Ayu berkata, pelbagai usaha dan ikhtiar sudah dilakukan untuk mengesan Maira namun semuanya menemui jalan buntu.

"Dia ada beritahu akan pulang lewat hari itu tetapi tidak muncul sehingga lewat petang menyebabkan kami sekeluarga risau dan bimbang.

"Saya ada menghubungi seorang rakan sekolah adik tetapi dimaklumkan Maira tidak hadir ke sekolah pada hari itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ayu berkata, mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham namun sering menasihati adiknya yang masih bersekolah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu laksanakan.


Katanya, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, jam 2.51 petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat adiknya boleh menghubunginya di talian +60149144654 atau +60149144653 (abang).

Terdahulu, tular di Facebook oleh seorang wanita yang merayu bagi mengesan adiknya yang tidak dapat dijejaki sejak Jumaat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat bapa mangsa berhubung kehilangan anak perempuannya itu.

"Usaha mengesan mangsa sedang giat dibuat dan kertas siasatan dijalankan sebagai orang hilang," katanya.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 26-8-2024 10:31 PM
muda lagi, semoga berada dlm keadaan selamat
Quote miznora 26-8-2024 11:35 PM
Pulanglah dik.. Kesian family kau
Quote intan244 27-8-2024 12:44 AM
beza 24 tahun dgn adik.
Quote fanaz82 27-8-2024 09:06 AM
merajuk ke apa ni? balik la dik. kesian orang tua kau
Quote KamikuP 27-8-2024 11:35 AM
dEAngar kat kool fm tadi katanya dah dijumpai dgn selamat.. ko lepak mana dekk?
Quote Jikookie 27-8-2024 11:44 AM
Dah selamat ditemui baca kat fb tadi
Quote supernaturalee 27-8-2024 11:54 AM
dlm grup blok td ada bdk laki hilang
umur 16 tahun
sejak 23.08


Quote Suchi 27-8-2024 11:55 AM
Nama dah la lebih kurang dgn budak OA yg meninggal tu, btw yg tu kes didakwa hari ni kan

Rasanya dah sampai masa ada undang2 khas tuk org yg sengaja menghilangkan diri ni
Masa hilang gambar sana sini terpampang, bila dah ditemui rata2 family tanak kongsikan cerita senyap gitu je atas sebab tertentu.

Quote patchipink 27-8-2024 12:14 PM
Baru umur 15 yer adik nie
muka matang sangat
cantik semua features muka sheols
iras farah kartini pown iyer
Quote pocongkiutss 27-8-2024 12:16 PM
Dah jumpa dh kul 1 pagi katanya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040886 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top