Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) menafikan artikel kononnya ditulis oleh pakar geologi universiti berkenaan mendakwa terdapat gua kosong besar di bawah Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata, artikel itu didakwa ditulis seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal. "Bagaimanapun, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di UM. "Malah, senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia juga tiada nama itu didaftarkan," kata kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi, hari ini. Menurut kenyataan, kandungan artikel itu adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu. Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.
"Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan," katanya. Pada Jumaat lalu, Vijayalakshmi, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin, 8.25 pagi. Sumber : Harian Metro |
B40tastePosh replied at 26-8-2024 07:13 PM
Acap hilang kat Gua Tempurung tu hilang macam ni la.
manopBKK replied at 27-8-2024 12:14 AM
Iyo2 je.. bokti??
ADVERTISEMENT