CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan akan berlaku 'runtuhan gergasi' tidak benar- Datuk Bandar KL

26-8-2024 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21640| Komen: 66|Original author: maklukpenggoda


Gambar ilustrasi AI

 

KUALA LUMPUR:
Dakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selamat dan berpotensi berlaku “giant sinkhole” seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Penafian tersebut dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Sharif, dengan menegaskan keadaan di ibu negara adalah selamat kerana ia telah dibangunkan sejak sekian lama.

Beliau menambah, jika ada pihak yang mengatakan perkara sebaliknya, ia perlu diserta bersama bukti dan kajian terperinci berhubung dakwaan berkenaan.

 

“Saya berpendapat Kuala Lumpur ini pun sudah lama dibina dan dalam tempoh itu ia adalah selamat.


“Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti-bukti dan kajian-kajian yang terperinci,” ujarnya dalam sidang media di lokasi kejadian pada Ahad

Hadir sama Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat.


Mengulas lanjut, Maimunah berkata sehubungan itu pihaknya telah menubuhkan ‘task force’ termasuk bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat kepada aspek keselamatan di ibu negara.


“… untuk melihat ataupun mengkaji keadaan sebab kalau dilihat dari segi sedia ada, pada pendapat saya adalah Kuala Lumpur ini masih selamat.


“Ya, melainkan kalau ada kajian yang menunjukkan bukti-bukti kajian,” ujarnya lagi.


Terdahulu, tular di media sosial Facebook satu kemas kini mendakwa tempat yang paling tidak selamat di Malaysia adalah Kuala Lumpur, yang berpotensi berlaku ‘giant sinkhole’ pada bila-bila masa.

Sumber : Astro Awani
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 26-8-2024 08:05 AM
Bakal pindahkan ibu negara atas Gunung Kinabalu ke?
Quote pokokmeranti 26-8-2024 08:06 AM
tggu masa? dari zaman twin tower dah tahu kes bawah KL nie banyak gua kapur....
Quote SalenaGomez 26-8-2024 08:12 AM
B40tastePosh replied at 26-8-2024 08:05 AM
Bakal pindahkan ibu negara atas Gunung Kinabalu ke?

Gunung kinabalu pon berlaku gegaran gempa haritu
Quote B40tastePosh 26-8-2024 08:14 AM
SalenaGomez replied at 26-8-2024 08:12 AM
Gunung kinabalu pon berlaku gegaran gempa haritu

So Sabah pun tak selamat.
Quote maklukpenggoda 26-8-2024 08:35 AM
[twitter]https://twitter.com/cxinfei/status/1827697744154124706?s=61[/twitter]
Quote izwan_izi 26-8-2024 08:37 AM
Makcik Datok Bandar ni lantikan politik ke apa..?

Boleh pulak diye ckp yg KL tu selamat sebab dh lama dibangunkan...

Hello makcik...selamat utk dihuni buat masa sekarang...sebab takda kes besar...akan dtg kita tak tau lagi...

Org nk future plan ko sebagai Datuk Bandar mengatasi masalah sinkhole / batu kapur ni..

Bukannye tunggu menara2 start terbenam tenggelam baru nk ambil tindakan..

Kang bila kata yg pompuan tak boleh lead buat keputusan dlm keadaan distress kang, dikatanya kita ni patriarchy pulak...
Quote Kitty_catz 26-8-2024 08:43 AM
trx tu selamat ke ha? meols dah pandai jalan2 trx naik mrt
Quote Ai_kiu 26-8-2024 08:47 AM
Somehow Ai rasa sedikit kesiyan ngan acik ni. Baru je nk menikmati kerusi empuk datuk bandar dah dpt 1st assignment punya besar mcm nih
Big role comes with big responsibility.
Quote Samerosie 26-8-2024 09:10 AM
Edited by Samerosie at 26-8-2024 09:13 AM

It is time la to rehabilitate old pipes. Invest in iot to detect subsurface erosion ke leakage ke.  Then start la look at climate change adapation measures.  Esok2 singapore je tinggal malaysia dah mendap ke bawah.

Be reactive la for once. Jgn terhantuk baru nak tergadah.
Quote rumahbiru 26-8-2024 09:19 AM
macam mana nak apply jadi datuk bandar KL?
Quote bored_atticus 26-8-2024 09:37 AM
dulu-dulu pun cakap takkan ada MCO, tapi seminggu camtu MCO sampai berbulan-bulan hahaha susah nak percaya sekarang ni.
bah, sudah panggil kah pakar-pakar untuk kaji pasal keselamatan KL ni, dari sinkhole?
Quote Supersirap 26-8-2024 09:41 AM
Tiada apa-apa ok je KL tu
Quote sangbara2020 26-8-2024 09:49 AM
xde ke nak check utk keselamatan kita...
Quote pengecatbintang 26-8-2024 09:53 AM
Edited by pengecatbintang at 26-8-2024 09:54 AM

kalo betul mmg berpotensi berlaku runtuhan gergasi..

takkan ler nak iya kan..

just imagine..

akan berlaku panic n mgkn huru hara..

pelancong x mo dah mai KL..

semua rekyat Mesia pakat2 jual umah kat KL n x der sapa pun nak beli

harga hartanah kat KL akan jatuh..

bangunan n infrastruktur abandoned

akhirnya KL jadi padang jarak padang tekukur mcm lepas perang

kosong n sunyi


Quote ninja boy 26-8-2024 10:12 AM
Rilex2 arr datuk bandar, kerja macam biasa, jawab macam biasa, datang musim hujan banjir kl menjawab lagi, habis musim banjir runtuh pokok tumbang org lupa balik
Quote kucingitam 26-8-2024 03:53 PM
Edited by kucingitam at 26-8-2024 03:54 PM

korang rasa kalau dia jawab ya, kl akan runtuh, apa akan jadi?  huru-hara, kan? kena la bagi jawapan yang berdiplomasi. tgk je movie melibatkan bencana, selagi boleh elak, drg akan elak bagi jawapan yang membuatkan rakyat panik. takyah korang kecam datuk bandar tu. dia tau la apa dia nak buat. tak adil korang nak terus salahkan dia.. dahla baru dilantik..
Quote Cyempaka 26-8-2024 04:10 PM
tak kan lah dia nak jawab - "a ah betul tu, KL tunggu masa je ni"

Quote hyie 26-8-2024 04:27 PM
B40tastePosh replied at 26-8-2024 08:05 AM
Bakal pindahkan ibu negara atas Gunung Kinabalu ke?

tak boleh sis bergegar kopek memasing nanti
Quote jari10 26-8-2024 04:29 PM
izwan_izi replied at 26-8-2024 08:37 AM
Makcik Datok Bandar ni lantikan politik ke apa..?

Boleh pulak diye ckp yg KL tu selamat sebab dh l ...

Dia kata “saya BERPENDAPAT…”
Hehe boleh pulak berasaskan pendapat ya

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.106658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top