PETALING JAYA: Saksi kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom dia tidak curang kepada suami walaupun mengaku menghantar gambar payudara atas alasan pendakwah itu ‘terlalu meminta’. Pengadu yang juga saksi kesembilan berkata demikian dalam sesi pemeriksaan balas peguam Ram Singh, sambil mengakui tindakannya menghantar gambar seperti itu kepada individu tidak dikenali dan tidak pernah ditemuinya menjadi suatu kesalahan kepada suaminya. Malah, pengadu bersetuju dia bersalah dengan dirinya kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui. Sehubungan itu, Ram dalam pemeriksaan balas bertanya sama ada pengadu telah curang kepada suami disebabkan tindakannya berkenaan. Tidak, sebab saya bukan rela, katanya menurut Sinar Harian. Pengadu dalam pada itu diminta menjelaskan apa komen suami pengadu selepas pengadu memberitahu bahawa dia telah menghantar gambar payudara kepada Ebit. “Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami. Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah, katanya. Pengadu memberitahu, suaminya menyuruh menghentikan melayan pendakwah itu melalui WhatsApp, namun Ebit bertindak berhubung dengannya menerusi Instagram, sambil memarahinya agar tidak mengulangi perbuatan sama. Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak, tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah, katanya. Pengadu juga diminta menjelaskan tindakannya itu yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit, namun tidak berhenti berkomunikasi dengan pendakwah tersebut adakah itu menunjukkan pengadu suka kepadanya. Saya tidak suka dia, katanya. Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berdepan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, dan Analia Kamaruddin. Selain Ram, Ebit diwakili Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak, dan Prem Elmer Ganasan. Bicara bersambung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
|
Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, dan Analia Kamaruddin.
Selain Ram, Ebit diwakili Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak, dan Prem Elmer Ganasan.
cmf_premierleag replied at 26-8-2024 04:54 PM
Nak gambo tetek ke, gugel je la..bersepah2 kt luar sana ni gigih request..kan dh kene masuk court
ADVERTISEMENT