Oleh : Fyruz Hanna
Kadang-kadang kita kerap tiada duit bukan kerana gaji yang kecil. Bukan juga kerana kamu sering berbelanja. Tak ramai yang sedar sebenarnya gaji yang tak cukup adalah berkait rapat dengan keberkatan gaji yang diterima. Lakukanlah perkara berikut untuk selalu rasa berkat dan tak susah dihujung bulan. Walaupun pada permulaannya ianya sukar namun, jadikan ia tabiat dan kamu pasti akan dapat rasai hasilnya nanti.
1. Sedekah Sedekah sebenarnya membersihkan gaji serta harta. Mungkin selama anda kerja, anda tak perasan pernah malas melakukan kerja, pernah mencuri masa kerja untuk makan. Jadi sentiasalah bersedekah. Tak kisah berapa amaunnya yang penting ikhlas! 2. Hubungan baik antara ibu dan ayah Walaupun kedua orang tua mampu dan tak mahu duit gaji anak-anak. Belikan ibubapa anda hadiah dan gembirakan mereka. Jangan lupa sentiasa limpahkan kasih sayang anda sebagai anak. Bila kali terakhir anda menelefon ibu bapa mu? 3. Mudahkan urusan orang lain Pernah dengar?? Kita tolong orang, orang akan tolong kita? Jangan beratkan diri dengan menutup peluang menolong orang dalam kesusahan kerana kita tak tahu bila tiba masa kita perlukan pertolongan. 4.Muliakan anak yatim Kongsikan harta dan juga masa kepada anak yatim. Bila kita berkongsi, rezeki yang diterima akan lebih berkat dan makin luas. 5. Ada rezeki lebih, dahulukan dengan haji dan umrah Sebelum berangan mahu melancong ke negara-negara orang, lakukan dahulu perkara wajib dalam rukun Islam. -CARI Infonet.
|
15
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT