Perkongsian pelakon Abby Abadi di Thread menjadi perhatian apabila meluahkan rasa geram membaca kisah atau berita melibatkan pasangan suami isteri atau kekasih. Menerusi perkongsian itu, Abby berkata dia geram membaca cerita lelaki yang bermacam perangai seperti curang, kaki pukul dan culas dari segi nafkah. Kata Abby lagi, lebih tragis ada yang sampai sanggup membunuh. Sementara itu, Abby turut menitipkan pesanan kepada wanita diluar sana agar berhati-hati serta membuat pilihan tepat. “Geram baca cerita lelaki-lelaki yang banyak perangai, jenis tak cukup satu, nafkah ke laut, curang, kaki pukul dan nak kahwin tetapi tidak fikir soal tanggungjawab.
“Lebih tragis, ada yang sampai membunuh anak isteri. Lelaki jenis apa begini? Perempuan tolong jaga diri dan buat pilihan tepat sebab ada ramai lagi lelaki baik. Jangan mudah cair dengan kata-kata dan sayangi diri anda,” tulisnya. Sumber : Rotikaya |
Manusiabesa replied at 27-8-2024 09:17 AM
Ni ig ke fb.
Lah dia main fb lg ke.
Kupikir byk retis2 dh xlyn fb.
Perils replied at 27-8-2024 08:31 AM
Sindir hantu eh menantu ke
ADVERTISEMENT