JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam perigi berdekatan rumahnya di Lorong 7, Kampung Nesa, Skudai, di sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.41 malam. “Adik mangsa memaklumkan abangnya berusia 47 tahun menghubungi ibu mereka dan memohon maaf sebelum terjatuh ke dalam perigi berkedalaman 15 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Saiful Bahri, anggota bomba termasuk Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman bagi mengeluarkan mangsa yang ditemukan pada pukul 10.30 malam. “Mangsa dibawa naik dengan menggunakan tali sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. Sumber : – KOSMO! ONLINE
|
B40tastePosh replied at 26-8-2024 04:23 AM
Ni bukan perigi, ini dipanggil Telaga.
Minami2013 replied at 26-8-2024 12:38 PM
Beza sbb kedalaman ke?
Takziah kpd keluarga.
B40tastePosh replied at 26-8-2024 12:39 PM
Telaga lagi dalam...perigi macam kolam...
SalenaGomez replied at 26-8-2024 02:19 PM
Telaga tu lebih dalam kan? Macam telaga minyak. Kita x panggil perigi minyak
pocongkiutss replied at 26-8-2024 02:45 PM
Yindia ke..situ mcm ramai indian
ADVERTISEMENT