|
PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh merupakan antara lima penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan darjah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut disertai Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam. Kedua-dua penerima itu mendapat gelaran tersebut bersempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam ke-75 bagi sesi pertama, hari ini. Sesi pertama turut menyaksikan seramai 22 menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 30 Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 33 Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 71 Pingat Jaksa Kebaktian (PJK), 48 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua Pingat Khidmat Lama (PKL). Sumber : – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.278292 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.