|
BALING – Seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati dalam sebuah dewan serbaguna, di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga lelaki tersebut pada pukul 3.46 petang. “Lelaki itu dikatakan keluar rumah pada pukul 9.15 pagi semalam dan tidak pulang sebelum ditemui di dewan bersebelahan rumahnya,” katanya, di sini hari ini. Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pendawai elektrik. “Si mati yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak berubah menjadi pendiam sejak seminggu lalu. Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. Pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah,” ujarnya.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
TOPwind replied at 26-8-2024 08:27 AM
Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pendawai ...
TOPwind replied at 26-8-2024 08:27 AM
Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pendawai ...
TOPwind replied at 26-8-2024 08:27 AM
Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pendawai ...
jfq replied at 26-8-2024 11:16 AM
Electrician kalau yg certified mmg masyuk.
Hari tu rumah aku repair board tnb kena rm500 tapi berbal ...
sayurmayur88 replied at 26-8-2024 09:38 AM
takziah..
kita tak tau pengakhiran kita and kita akan diuji dgn apa yg kita cakap/tulis, so beringat ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.469120 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.