NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang kekejaman tanpa batasan terhadap etnik minoriti beragama Islam Rohingya seperti yang berlaku pada 1997 di Myanmar akan berulang, lapor laman berita TRT World semalam. Ketua Hak Asasi manusia PBB, Volker Turk menyuarakan kebimbangan serius mengenai kemerosotan situasi keselamatan di seluruh Myanmar, khususnya negeri Rakhine. Beliau memberi amaran, beratus-ratus orang awam termasuk penduduk Rohingya dilaporkan terbunuh ketika cuba melarikan diri daripada pertempuran di Rakhine. “Ribuan etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dengan berjalan kaki dengan Tentera Arakan (pemberontak) mengepalai (perpindahan) mereka berulang kali ke lokasi yang menawarkan sedikit tempat berlindung. “Memandangkan lintasan sempadan ke Bangladesh masih ditutup, masyarakat Rohingya mendapati diri mereka terperangkap di antara tentera dan sekutunya serta Tentera Arakan tanpa laluan selamat,” kata Turk dalam satu kenyataan.
Perpindahan secara besar-besaran etnik Rohingya itu bermula pada 25 Ogos 2017, selepas tentera Myanmar melancarkan operasi kejam terhadap penduduk minoriti Islam di wilayah utara negara tersebut. Sejak itu, kira-kira 1.2 juta penduduk Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh dan tinggal di kem-kem pelarian sekitar bandar Cox’s Bazar. Pertempuran telah menggegarkan negeri Rakhine sejak Tentera Arakan menamatkan gencatan senjata dengan junta tentera yang merampas kuasa terhadap kerajaan awam pada 2021. Turk menyalahkan kedua-dua pihak atas penderaan terhadap etnik Rohingya termasuk pembunuhan di luar undang-undang, penculikan dan pengeboman sembarangan di bandar-bandar di Rakhine. – AGENSI Sumber : – KOSMO! ONLINE |
B40tastePosh replied at 26-8-2024 08:18 AM
Rohingya akan bertambah di Malaysia???
nusaraya replied at 26-8-2024 10:07 AM
Yup... Memang sudah waktunya dan sewajarnya untuk menerima lebih banyak Rohingya di Malaysia ... ...
KamikuP replied at 26-8-2024 10:37 AM
PBB ni mmg tak function, ko kisahkan Rohingya tapi Palestin ko buat nohen je ye... harkk tuihh
KamikuP replied at 26-8-2024 10:37 AM
PBB ni mmg tak function, ko kisahkan Rohingya tapi Palestin ko buat nohen je ye... harkk tuihh
ADVERTISEMENT