CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM

26-8-2024 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18849| Komen: 3

 


PETALING JAYA – Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Pendekar tenggelam sepenuhnya di posisi 2 batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada pukul 3.54 petang tadi.

TLDM dalam kenyataannya, usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.

“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD Pendekar seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran .

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi TLDM,” ujarnya.


Kosmo! melaporkan KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

Kebocoran itu dipercayai berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 26-8-2024 08:07 AM
Banyak juga wargaasing dan Rohingya masuk ke Malaysia semasa beliau berbakti.
Quote pokokmeranti 26-8-2024 08:10 AM
aset pertahanan negara terlalu byk yg usang
Quote MissYouSayang 26-8-2024 08:12 AM
Bertapa sialnya nuart sampai kapal pon blh tenggelam sdiri..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069140 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top