CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Alhamdulillah, diizinkan Allah" - Shuk Sahar & Fara Salleh tunai umrah bersama

23-8-2024 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 65612| Komen: 47

 


Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh tunai umrah bersama selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.

Selepas kontroversi itu, Fara Salleh dilihat memuat naik foto berupa pasport tertera namanya dan Shuk di Instagram Story, hari ini.

Perkongsian itu seolah-olah memberi gambaran hubungan mereka kini sudah baik.

 
Terbaharu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar memuat naik foto bersama isterinya sedang menunaikan umrah bersama.

Berserta kapsyen ringkas, pelawak berusia 38 tahun itu memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah sekali lagi.


“Alhamdulillah, diizinkan Allah (emoji hati),”tulisnya.

 

Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk suaminya yang didakwa memburukkan dirinya ke teman-teman rapat.

Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

Apa pun, syukur Alhamdulillah buat pasangan ini. Semoga dengan menunaikan ibadah umrah ini dapat menjernihkan hubungan suami isteri. Biasalah setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya.

Sumber : Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-8-2024 06:12 PM
Dorg ni mesti jenis kalau gaduh, gaduh gila2 pastu bila dah baik bukan main…
Quote pearl.silver 23-8-2024 07:23 PM
Mental fara ni
Bagus syuk sabar layan mental bini
Mmg match made in heaven
Quote youell 23-8-2024 07:30 PM
Fara ni iras jering
Quote Whodunit 23-8-2024 07:39 PM
Semoga till jannah. Bahaya mereka ni terlepas menganiaya org lain pula. Sesuailah mereka ni kekal bersama
Quote Jikookie 23-8-2024 07:53 PM
Kjp.baik kjp gaduh dorang ni
Quote AlyaAsylo 23-8-2024 07:56 PM
Oh belum dapat kurma
Quote potpetpotpet 23-8-2024 08:17 PM
Perawankota: Dorg ni mesti jenis kalau gadu ...

Macam kawan aku, gaduh gila2 tahap nk bercerai
Tup2 pregnant
Asal gaduh gila2, mesti lepas tu dia baik and pregnant.
Time gaduh tu seram tengok memaki memang tahap macam tak ada harapan nak baik balik ni [em:4:]
Quote L.U.S.M 23-8-2024 08:38 PM
Kan betul sekadar konten jekkkk
Quote scarflicious 23-8-2024 09:11 PM
Dpt sponsotship kot. Berbaiklah.

Balik nnti mental s3mula
Quote kepingbewok 23-8-2024 09:31 PM
carut laki,sebar aib laki..lps tu g tanah suci????
Quote Manjahati 23-8-2024 09:39 PM
Moga yg baik baik je utk couple ni..
Quote katakauu 23-8-2024 10:30 PM
ehhh
sesuaii berdua
Quote readbaca 23-8-2024 11:02 PM
rasa shuk ni macam tetiap tahun pi umrah. banyak duit dia
Quote Lulu_717 23-8-2024 11:22 PM
Smoga dpt umrah yg mabrur..mnetau dkt sana diberikan hidayah.
Quote siasia 23-8-2024 11:42 PM
Apooo penat je meratin ceraikan aku ceraikan akuuu ceraikan akuuuu
Quote anony-mous 24-8-2024 01:27 AM
X de dugaan apa2 ke kat sana tu? Ke sbb farah ni actually gila? Org gila kan xde dosa
Quote pocongkiutss 24-8-2024 01:46 AM
Geliiii
Quote lembumanis 24-8-2024 02:16 AM
anony-mous replied at 24-8-2024 01:27 AM
X de dugaan apa2 ke kat sana tu? Ke sbb farah ni actually gila? Org gila kan xde dosa

Tula mcm aman je kat sana, but who knows kan
Quote Hoola 24-8-2024 05:29 AM
antra pasangan yg .........yg ada di msia
berubahlah
atau diam lbh baik
semak

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036769 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top