CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya nak dia kembali seperti dulu..” - Erma Fatima hargai bakat lakonan Fathia Latiff

23-8-2024 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 64326| Komen: 28

 


Meskipun Fatiya Latiff terpalit dengan pelbagai kontroversi, pengarah Erma Fatima tidak melihat perkara itu sebagai kekangan untuk dirinya bekerjasama dengan pelakon berkenaan.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, dia sangat menghargai bakat yang dimiliki Fatiya dan tidak mempunyai masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon itu pada masa akan datang.

“Saya tiada masalah berlakon dengan Fatiya. Saya sangat menghargai bakat yang Tuhan berikan kepada dia.

“Disebabkan itu juga saya ingin dia ada bersama dengan saya dan kembali aktif dalam industri seperti dahulu,” katanya kepada HibGlam.

Erma yang menerbitkan drama dalam talian, Jangan Tinggal Abang Dek! (JTAD) turut menampilkan Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dalam naskhah tersebut.

Tambah Erma, biarpun telah beberapa tahun tidak aktir, skil lakonan Fatiya kekal mantap dan tidak mempunyai masalah jika ingin aktif semula dalam bidang lakonan.


“Sewaktu menjayakan drama ini kita (pelakon dan kru produksi) menerima dia sepenuh hati. Kita tidak memandang dia sebagai makhluk asing.

“Saya tetap memberi dia layanan sama seperti pelakon lain. Saya juga akan pastikan Fatiya terus berlakon dalam karya saya seterusnya pada masa akan datang,” katanya.


Sebelum ini Erma mendapat pujian khalayak apabila berjaya memujuk Fatiya untuk kembali berlakon.

Untuk info, selain Fatiya, drama JTAD arahan Amor Rizan turut dibintangi Datuk Adi Putra, Adira Suhaimi, Nabila Huda, Elly Suriati, Elly Mazlein dan Alya Iman.


Sumber : HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-8-2024 05:55 PM
Dulu2 bkn ada dgr kata dia problematic ke? Datang set lambat apa semua
Quote I.K.A888990 23-8-2024 06:20 PM
dah ada yg bagi peluang ke sejuta kali ni jgn sia2kan pulak

tak dpt heroin takpolah kaka....watak jahat pun boleh sajork & stoplah obses dgn cucuk2 kat muka tu..kita yg rengsek tgk
Quote L.U.S.M 23-8-2024 08:41 PM
Cerita Erma ni byk karya2 sampah..apedehal..sampah kutip karya sampah
Quote makneng 23-8-2024 08:55 PM
Patutnya tek yah ni jumpa mak esah je pakai susuk. Idoklah skeri sgt rupa kau.
Quote Hoshhi 23-8-2024 11:06 PM
Tapi dah tua plus tak lawa macam dulu...
Quote lembumanis 24-8-2024 02:18 AM
Sape je lah nk tgk dia ni, muka dah jadi mcm nenek syasya hahaha
Quote 800214 24-8-2024 05:46 AM
lembumanis replied at 24-8-2024 02:18 AM
Sape je lah nk tgk dia ni, muka dah jadi mcm nenek syasya hahaha

Kan. Ramai cakap gitu. Tp cita nek erma ni teruk betul. Semua melebih2. Tgk heliza menggelitis ngan ustaz jazlan tu ya ampun..suka nau buat cita melebih2 gitu
Quote manopBKK 24-8-2024 06:07 AM
Kena ain ke?
Quote haruno_sakura 24-8-2024 12:28 PM
Suka tgk fatiya ni berlakon dlu. Nmpk la dia menjiwai sesebuah watak. Paling minat dlm cite Ariana Rose dgn Diandra
Quote sapeka 24-8-2024 01:02 PM
Tak payah la
Dah berusia
Quote Carcosa 24-8-2024 02:18 PM
Apa yg bagus sgt si muka busung ni berlakon? Yihh jugak.
Quote razzia 24-8-2024 02:34 PM
boleh jadi watak mak yg dah ada anak yg dewasa.
Quote dua_chzy 24-8-2024 02:36 PM
Perawankota replied at 23-8-2024 09:55 AM
Dulu2 bkn ada dgr kata dia problematic ke? Datang set lambat apa semua

Baling henfon ke pengarah.
Quote uori 24-8-2024 02:50 PM
kau memanglah takde masalah, yang banyak masalah tu dia
Quote little_sis 24-8-2024 03:37 PM
Lain betul mukanya, dulu punya la lawa sampai aku rasa full package sgt..
Quote Olumis 24-8-2024 04:02 PM
Entahla nekkk
Quote mamajawie 24-8-2024 04:49 PM
dulu je la best sebelum mendadih..skang TUTUP TV tengok tekya ni
Quote makneng 24-8-2024 06:30 PM
Nek timoh ni delulu ek. Kau ingat senang mcm press ctrl+Z ke? Severe damages done yach!
Quote ttiittiittiiti 24-8-2024 09:53 PM
800214 replied at 24-8-2024 05:46 AM
Kan. Ramai cakap gitu. Tp cita nek erma ni teruk betul. Semua melebih2. Tgk heliza menggelitis nga ...

yes Erma tryin to "fit in"


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.157449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top