CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arus deras landa kereta kabel Langkawi, Nissan Almera hanyut masuk sungai

23-8-2024 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 63410| Komen: 17


 


LANGKAWI – Kawasan kereta kabel di kaki Gunung Mat Chincang, di sini dan kampung berhampiran dilanda arus deras selepas berlaku hujan lebat di gunung tersebut hari ini.

Beberapa video yang memaparkan kejadian arus deras di destinasi pelancongan terkenal itu dan Kampung Felcra Kok tular di media sosial, sebentar tadi.

Menerusi video tular, kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai tanpa penumpang di tempat letak kenderaan dihanyutkan arus sebelum ditemui dalam keadaan remuk tidak jauh dari situ.

Selain itu, air sungai di kawasan berkenaan turut melimpah dan mengalir deras ke premis-premis perniagaan di situ dengan sebuah kafe ditenggelami air.

Kalangan pengunjung dilihat berteduh di salah satu bangunan di situ.

Selain lokasi berkenaan, terdapat juga video memaparkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dari kawasan gunung yang sama. 



Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 23-8-2024 05:53 PM
Gayat ooo kabelcar situ..  Takziah.
Quote annehuda 23-8-2024 05:57 PM
skrang ni mmg wajib kot beli insurans skali cover bencana alam. takleh kedekut dah. kalau jadi mcm ni takdela putih mata sangat
Quote kotakbaju 23-8-2024 06:11 PM
Hujan ye kat sana tu? Kat perlis lani baru hujan. Dri pagi tadi perasan mendung je. Malam semalam pun hujan tapi tak lebat pun.
Quote AbukRokok 23-8-2024 06:16 PM
Hahaha ni mesti sebab pembalakan kan
Quote Skuau 23-8-2024 06:22 PM
AbukRokok replied at 23-8-2024 06:16 PM
Hahaha ni mesti sebab pembalakan kan

....di bukit malut.
Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 06:26 PM
Kepala air dr telaga tujuh la ni kot. Kereta tu kalau x amek insurans bencana alam mmg nayalah
Quote Gunama 23-8-2024 06:32 PM
Sian..hope ada 2nd car.
Quote sukacactus 23-8-2024 09:28 PM
kotakbaju replied at 23-8-2024 06:11 PM
Hujan ye kat sana tu? Kat perlis lani baru hujan. Dri pagi tadi perasan mendung je. Malam semalam pu ...

Kannnn…sini takat ujan manja2 je
Tp sampai skrg xbrenti2 lg ni
Quote kotakbaju 23-8-2024 10:42 PM
sukacactus replied at 23-8-2024 09:28 PM
Kannnn…sini takat ujan manja2 je
Tp sampai skrg xbrenti2 lg ni

Hujan sikit2.gitu je kan, jadi laa kurang sikit bahang panas.
Quote misstakkepoh 26-8-2024 08:15 AM
Memang mana2 pun musim hujan sampai banjir kilat mcm ni ke??takut pulak nak keluar tapi..nak keluar jugak.haha
Quote SalenaGomez 26-8-2024 08:35 AM
Gunama replied at 23-8-2024 06:32 PM
Sian..hope ada 2nd car.

Tah tah keta sewa je tu. Biasa g langkawi berfamily, akan sewa kereta kan
Quote SalenaGomez 26-8-2024 08:37 AM
Claudia_Lestat replied at 23-8-2024 06:26 PM
Kepala air dr telaga tujuh la ni kot. Kereta tu kalau x amek insurans bencana alam mmg nayalah

Betul2, SG pon add on coverage ni. Even kawasan rumah bkn kawasan banjir, tapi risau bila bawa kereta luar kawasan yg prone banjir. Nayaa ja kan tau2 keta dah hanyut
Quote shernazz 26-8-2024 08:37 AM
misstakkepoh replied at 26-8-2024 08:15 AM
Memang mana2 pun musim hujan sampai banjir kilat mcm ni ke??takut pulak nak keluar tapi..nak keluar  ...

Gi mall je lah
Parking kat rooftop
Hehe
Quote Claudia_Lestat 26-8-2024 12:21 PM
SalenaGomez replied at 26-8-2024 08:37 AM
Betul2, SG pon add on coverage ni. Even kawasan rumah bkn kawasan banjir, tapi risau bila bawa ker ...

kawasan rumah bukan area banjir pun memacam SG. pernah sekali masa ribut atap apt rumah tu tercabut lps tu kena kereta yg park kat bawah.
kejadian yg kita x sangka sangka ni selagi ada cara utk minimize the cost mmg kena ameklah.
Quote kakikuDibibirmu 26-8-2024 12:26 PM
Apa beza Nissan Almari dengan Perodua Almari?
Quote mayaHD 26-8-2024 12:32 PM
phuket pon banjir teruk, macam2 sekarang
Quote imanjannah 26-8-2024 08:16 PM
mcm dah rasa musim tengkujuh akhir tahun pula, last week pegi sabah pun hujan juga, syukur alhamdulillah masa flight balik KL ok je cuaca

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.115272 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top