CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Raja-Raja, Peguam Negara pun pertikai jumlah SD Muhyiddin – PMX

23-8-2024 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 60666| Komen: 4

 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih menjaja mempunyai sokongan 115 ahli Parlimen menerusi Akuan Bersumpah (SD) sedangkan jumlah dijajanya itu turut dipertikai Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara ketika itu.

Perdana Menteri berkata, dalam soal SD diperoleh Muhyiddin itu, terdapat pertindihan membabitkan ahli Parlimen yang menurunkan tandatangan ke atas dokumen tersebut.

“Setakat yang saya faham diikuti pandangan Raja-Raja dan Peguam Negara pada masa itu yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin, mengatakan jumlah itu dipertikai, maka diserah pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, itu kenyataan, jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjamu selera di Gertak Merah di Kampung Penchala, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Peguam Negara ketika kemelut pelantikan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika itu adalah Tan Sri Idrus Harun.


Perdana Menteri berkata, beliau sebelum ini mengelak untuk menjawab isu sokongan 115 terhadap Muhyiddin, namun Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) itu terus menjajanya dan ia mengelirukan.

“Yang di-Pertuan Agong ini (kuasanya) tertakluk kepada Perlembagaan apabila kedudukan tidak jelas (kerana Tan Sri Muhyiddin kata ada 115 (SD), Anwar pun kata ada 115 (SD), jadi Tuanku terpaksa buka balik dan semak (Perlembagaan) untuk menyakinkan dirinya.

“Sebab itu dalam Perlembagaan dikatakan mengikut pandangan Tuanku setelah melihat semua. Maka selepas itu, Tuanku memanggil sidang Majlis Raja-Raja untuk berbincang dan keputusan itu dikemukakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau enggan menjawab isu 115 SD diperoleh Ahli Parlimen Pagoh itu sebelum ini kerana tidak melihatnya sebagai satu isu.

“Masalah dia apa, masalah dia adalah kenyataan yang ditafsir sebagai menghina dan mempertikai kuasa raja, itu dia.

“Kalau betul beliau bawa 115, tetapi Tuanku lihat ada ahli Parlimen sudah turunkan tandatangan sini, pada masa sama di sini juga (ada tandatangan), kemudian ada parti di mana ahli Parlimen dah beri mandat penuh kepada ketua parti untuk membuat keputusan dan ia mutlak, tak boleh dipertikai,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin dilapor menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu beliau menyentuh institusi raja semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Antara dokumen diserahkan ialah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Media baru-baru ini, melaporkan sebanyak 30 laporan polis diterima berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Rentetan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan ke atas bekas Perdana Menteri berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-8-2024 07:49 PM
Sapa la tergamak nk selfie dgan bangnon tu. tak geli ke
Quote L.U.S.M 23-8-2024 08:37 PM
Move on jela muhyiddin oii..ko pun mcm xde function jek..next election ko prove la ko layak nk memerintah
Bang non ni pun mmg xde function tp setidak2nya dia bg kencing kat rakyat
Quote suri33 24-8-2024 10:14 AM
Yg tua2 ni sebok berebut kuasa. Meluatnya. Semua utk kantung sendiri.
Quote manop 25-8-2024 11:14 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.029482 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top