CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru mengaji ditahan cabul kanak-kanak perempuan di Parit Raja

23-8-2024 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 58537| Komen: 17

 


BATU PAHAT – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mengaji Al-Quran di Parit Raja di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pada pukul 10.19 malam 21 Ogos di kawasan Yong Peng, Batu Pahat.

Katanya, sebelum itu pihak polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 42 tahun yang juga ayah kepada kanak-kanak berusia lapan tahun berkaitan kejadian yang berlaku pada petang hari sama.

“Menurut pengadu, anaknya yang berusia enam dan lapan tahun telah datang untuk belajar mengaji Al-Quran di pusat mengaji di Parit Raja pada petang 21 Ogos.

“Ketika sedang mengikuti kelas mengaji itu, seorang guru kelas mengaji (suspek) iaitu seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun telah membawa kanak-kanak berusia lapan itu masuk ke dalam bilik air tempat kelas mengaji tersebut dengan tidak membenarkan adiknya ikut sama,”katanya melalui kenyataan hari ini.


Menurut Shahrulanuar lagi, setelah pengadu menemubual anaknya yang dalam keadaan trauma, kemudiannya mengaku bahawa suspek telah membawanya ke dalam bilik air tempat kelas mengaji itu dan telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa.

Ujarnya, susulan daripada penahanan itu, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai 22 Ogos hingga 28 Ogos untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu kesalahan amang seksual fizikal atas kanak-kanak di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi (20) tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,”katanya.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszgwenny 23-8-2024 05:41 PM
astaghfirullah , another penunggang agama
Quote Tiggybiru 23-8-2024 06:07 PM
Tahniah kpd bapa budak tu yg mendidik anak dia utk bgtau kalau ada apa2 benda pelik yang berlaku
Tak semua parents cakna ttg benda ni
Quote Ai_kiu 23-8-2024 06:11 PM
Tiggybiru replied at 23-8-2024 06:07 PM
Tahniah kpd bapa budak tu yg mendidik anak dia utk bgtau kalau ada apa2 benda pelik yang berlaku
Tak ...

Yup betul tu.. xsemua kanak2 senang2 nk share terus kejadian pelik/aneh pd parents kn
Slalunya kalo nk cerita tp takut2 sbb slalu kena marah kalo mengadu.. lg la kalo jenis parents yg garang xtentu hala. Low self esteem jd nyer budak2.
Bagus lah didik anak2 supaya share semua benda dgn parents supaya dpt detect sexual harassment ect
Quote Kitty_catz 23-8-2024 06:17 PM
meols dulu bila taw setad record anak meols ngaji, terus meols stop dgn setad tu

nate beghuk apooo record2 ank orang?
Quote Melanie91 24-8-2024 04:09 PM
Kitty_catz: meols dulu bila taw setad reco ...

Dia record mengaji dan share kat mana2 ke?
Quote Jikookie 24-8-2024 04:14 PM
Ramainya pedo skrg. Kesian budak trauma
Quote Firenzza 24-8-2024 04:48 PM
OT sat....pu azman tu apa citer kes dia lbh kurang mcm ni gak, tonggang agama.... smlm terlalu tt live dia
Quote mamajawie 24-8-2024 04:51 PM
Sebab tu la iolls x berani hantar anak mengaji tanpa iolls ikut sekali dduk sebelah dia..dulu mengaji dgan cikgu lelaki so iolls cepat² tukar ambik cikgu pompuan..bahaya la skang ni dengan budak pun dorang bernafsu..cabut je la kopiah ko tu syiellll
Quote asamfish 24-8-2024 05:52 PM
astaghfirullah......la haula wala quwwata illa billah...one of the reasons why I took the initiative to improve my tajwid so I could teach my kids myself.  My heart and prayers are with the girl!
Quote Kasutumitinggi 24-8-2024 06:54 PM
tak tau nk ckp apa. kesan trauma pada kanak-kanak. trauma sampai besar.
Quote Decaffeinated 24-8-2024 08:29 PM
Mentah sangat untuk jadi seorang guru mengaji. Nak kata apa, tua pun takde beza kalau dari species yang serupa.
Quote cik_ingeniare 24-8-2024 10:05 PM
Bodo la pedo penunggang agama kesian budak tu wehh trauma seumur hidup
Quote ayra.e 24-8-2024 10:50 PM
Tengah ajar ngaji bole terangsang eh.biol nsk ma ma poss
Quote ninja boy 25-8-2024 01:18 AM
Ajar mengaji mesti ramai2 budak jgn berdua bertiga
Quote prince_marhaen 26-8-2024 10:11 AM
meols pernah trauma tengok ciknek pakcik tabligh yang tido kat surau tmpt meols mengaji...lepas tu org yg sama tunjuk ciknek dia selak kain kat tmpt wuduk surau tu...ambil gelak2... dah la itam kecut tak shave sampai berjanggut bawah tu... cerita kat ustaz mengaji, meols kena maki ye kata meols menipu...siallllll!!!!!
Quote binipakcik 27-8-2024 08:40 AM
Babi la mengaji pun kote nak pedo2. Jahanamkan hidup budak2. Dah kenapa??? Iblis lari masa budak ngaji dia pulak yang jadi iblis.
Quote binipakcik 27-8-2024 08:44 AM
prince_marhaen replied at 26-8-2024 10:11 AM
meols pernah trauma tengok ciknek pakcik tabligh yang tido kat surau tmpt meols mengaji...lepas tu o ...

Mengingatkan i zaman 90an dulu waktu tu balik kampung, tido rumah nenek sedare. Sekali masa main dengan cousins, nampak satu bende keras luar tingkap rumah sebelah. Bila panggil cousin i yang paling sulung time tu (masa tu dia 10 tahun), dia marah kitorang jangan main kat luar dah, pergi masuk dalam rumah. Babi la pedo flasher jahanam sampai sekarang imej tu ada dalam kepala

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041757 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top