CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah mendap ketika sedang berjalan di Masjid India, wanita dikhuatiri tertimbus sedalam 10 meter

23-8-2024 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 64292| Komen: 418|Original author: Claudia_Lestat

 


MALANG tidak berbau, seorang wanita dipercayai terjatuh dan tertimbus di bawah tanah mendap sedalam kira-kira 10 meter, dalam satu kejadian dekat Masjid India, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Mangsa merupakan warga asing yang juga pelancong dari India terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 8 pagi.

Usaha pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Dilaporkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Md Din dan anggotanya di sekitar lokasi.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jojie 23-8-2024 01:30 PM
Dekat area kl ni banyak tempat tanah mendap ????
Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 01:38 PM
jojie replied at 23-8-2024 01:30 PM
Dekat area kl ni banyak tempat tanah mendap ????

Banjir kilat pokok tumbang ni dah tanah mendap.
Quote asfaz 23-8-2024 02:05 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/C_AD8JRvMYs/?igsh=dzd0a2Nvczd2dDZ1[/ig]
Quote ciksom 23-8-2024 02:13 PM
Semoga bomba tersebut sentiasa dilindungi semasa bertugas
Quote silance 23-8-2024 02:26 PM
Di Youtube, bomba turun jauh ke bawah memang sangat bahaya. syukur Alhamdullillah mereka selamat.
sini ramai tourist sana jalan-jalan. Ada insurance cover la.
Quote izwan_izi 23-8-2024 02:28 PM
Bawah tanah bandar2 seperti Kuala Lumpur dan Ipoh ni...kawasan batu kapur dan bekas lombong yg ditebus guna...jadi mmg ada kebarangkalian utk tanah mendap..

Kalau ada mendap di 1 tempat..pasti ada mendap kat tempat lain bergantung pd sambungan struktur batu kapur kt bawah tanah tu..

Sebab awal2 lagi dinaikkan tempat baru yg jauh  dari KL mcm Putrajaya / Dengkil / Sepang dan sebagainya sebab jauh dari lingkaran batu kapur semulajadi..
Quote arm_band 23-8-2024 02:29 PM
rupanya dengan tempat duduk simen sebongkah tu pun jatuh dlm lubang ni. serammmmm
Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 02:39 PM
izwan_izi replied at 23-8-2024 02:28 PM
Bawah tanah bandar2 seperti Kuala Lumpur dan Ipoh ni...kawasan batu kapur dan bekas lombong yg diteb ...

Macam mana dgn area puchong ni? Banyak housing area yg asalnya tapak lombong. Selamat ke?.
Quote LoveSungmin 23-8-2024 02:41 PM
berkemungkinan besar dah tak bernyawa..
Quote izwan_izi 23-8-2024 02:59 PM
Claudia_Lestat replied at 23-8-2024 02:39 PM
Macam mana dgn area puchong ni? Banyak housing area yg asalnya tapak lombong. Selamat ke?.

Setahu iols laa...taman2 lama mcm Tmn Kinrara tu kawasan solid..sb kawasan ladang getah..

Belah2 Bandar Kinrara fasa 1 yg atas2 bukit tu pon kawasan estet...

Yg jadi risau bila dibukak kawasan2 baru tu haaa...

Chuols google je map topo Selangor darul ehsan thn 1975 - 1990...nanti compare dgn google maps yg latest tu...boleh nampak perubahan bekas2 lombong yg berubah...
Quote asfaz 23-8-2024 03:10 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/C-_9eT5vvIq/?igsh=MWZkeDQ4bXZvbmVjaQ==[/ig]
Quote asfaz 23-8-2024 03:11 PM
izwan_izi replied at 23-8-2024 02:59 PM
Setahu iols laa...taman2 lama mcm Tmn Kinrara tu kawasan solid..sb kawasan ladang getah..

Belah2  ...

Kawasan puchong perdana puchong permai ni bekas lombong besar kapal korek tenggelam.
Quote jojie 23-8-2024 03:20 PM
Claudia_Lestat replied at 23-8-2024 01:38 PM
Banjir kilat pokok tumbang ni dah tanah mendap.

Kat sentul ni ada jalan dah dekat setahun buat kerja bawah tanah.. kadang2 itu tinggi kadang jalan jadi rendah..
Quote Mimo.mimo 23-8-2024 03:23 PM
Kesiannya. Ada harapan ke untuk hidup? Tertimbus dari pukul 8 pagi kan
Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 03:37 PM
izwan_izi replied at 23-8-2024 02:59 PM
Setahu iols laa...taman2 lama mcm Tmn Kinrara tu kawasan solid..sb kawasan ladang getah..

Belah2  ...

Yg iols cfm tapak asal lombong blakang ioi mall tu. Blakang tesco pusat bdr ni pun tgk tgh tambak tanah kat lombong. Nak buat housing area baru. Ada yg cakap kalau rumah yg tanahnya asal dr tapak lombong cepat crack.

Kinrara asal tau mmg estet area. Tak silap mcm kawasan perindustrian puchong ni pun asal estet gak. Iols nak googlelah. Selama ni dok dgr cite bapak iols je sbb dia KPB puchong suatu ketika dahulu. Sebab dia jugaklah iols beli rumah kat puchong ni.

Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 03:40 PM
asfaz replied at 23-8-2024 03:11 PM
Kawasan puchong perdana puchong permai ni bekas lombong besar kapal korek tenggelam.

Haaa yg ni pun seingat2 iols mmg area asal lombong. Puchong ni banyak nau lombong ikotkan. Tapi skang makin membesar makin rancak. Harga rumah pun takde yg murah² dah.
Quote jazaa100 23-8-2024 03:43 PM
Berpuloh thn dok kl, dari kecik lg, tak pernah dgor pulak tanah mendap kat jln masjid india tu

Quote Gunama 23-8-2024 03:45 PM
Speechless. Semoga dijumpai
Quote Claudia_Lestat 23-8-2024 03:45 PM
jojie replied at 23-8-2024 03:20 PM
Kat sentul ni ada jalan dah dekat setahun buat kerja bawah tanah.. kadang2 itu tinggi kadang jalan ...

Keja keja apa kat bawah tu. Seriau plak dgr bila baca kata kejap rendah kejap tinggi jalan.

Lihat semua komen(418)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.102580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top