|
Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok memaparkan Cik B mengenakan tudung berwarna hitam sekaligus menyerlahkan kecantikannya. Menerusi video itu, Cik B berkata dia memakai tudung berkenaan bagi untuk memenuhi permintaan salah seorang pengikutnya sahaja. Sementara itu, Cik B berkata dia belum terbuka hati untuk menutup arat sepenuhnya serta berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Dalam pada itu, Cik B turut mengucapkan terima kasih buat mereka diluar sana yang sering menitipkan nasihat buat dirinya. “Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga, kan. Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu dan mendoakan agar dibukakan hati Cik B untuk berhijab. Sumber : Rotikaya |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.181030 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.