Justeru, beliau yang juga menteri undang-undang menasihatkan bekas perdana menteri itu menunjukkan sikap sama dengan menunggu penggal PRU15 tamat dan kembali ke gelanggang PRU16 jika mahu kembali ke Putrajaya. “Saya masih ingat masa tu ketua pembangkang PM10 (Anwar), saya (sebagai timbalan speaker ketika itu) ada tanya dia dan dia bagi tahu, bagi pihak PH mereka terima keputusan Agong (lantik Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob) selepas Langkah Sheraton. Jadi pesan saya, sikit saja… ni dah dua tahun setengah (tunggulah), lepas tu lawanlah masa PRU. Azalina turut mendedahkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah begitu sabar memanggil semua Ahli Parlimen untuk mengetahui pendirian masing-masing, walaupun ketika itu Muhyiddin sudah dipilih menjadi perdana menteri. “Saya tengok Tuanku tubuh berapa banyak kerajaan, PM berapa banyak kena tukar.. dah bagi SD (akuan berkanun) pun Tuanku tetap panggil sorang-sorang tanya betul ke sokong, adakah kena gertak, ada arahan kah? Semalam, Azalina dalam catatan di X berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak perlu ‘mengajar’ Sultan Pahang bagaimana memilih perdana menteri ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. Sumber : FMT
|
Dwdrum replied at 23-8-2024 04:31 AM
Azalina tidak boleh ka suruh bangnon straight to the point apabila di tanya... Ada thread aku tengok ...
ADVERTISEMENT