CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Tular Di Telegram ‘Edisi Siasat’ Foto Makanan Berulat & Ada Telur Lalat, Didakwa Dihidang Untuk Pelajar MRSM Negeri Utara

23-8-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5671| Komen: 28

 


Menerusi channel Telegram ‘Edisi Siasat’ tular foto beberapa jenis lauk yang dikatakan dihidangkan kepada pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut pengadu, mereka sudah memaklumkan kepada pihak sekolah namun hanya diberitahu bahawa kontrak pihak kantin itu akan tamat pada 31 Ogos.

"Sedih tengok gambar gambar makanan dihidangkan pada anak-anak kami. Kontrak habis 31/8, jenuh anak-anak nak kena hadap makanan kotor…"


 


Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan, boleh dilihat makanan itu berulat dan mempunyai telur lalat. Kata pengadu lagi, makanan tersebut dihidangkan oleh kantin untuk pelajar di salah satu MRSM di utara tanah air.

"Menu ikan atau ayam goreng semua keras macam batu. Ramai parents dah bersuara dan bising tapi tiada tindakan atau maklum balas dari pihak maktab."

 
 

Diharapkan pihak maktab mengambil tindakan sewajarnya selepas perkara ini tular kerana sudah tentu ia membabitkan kesihatan para pelajar di sekolah berkenaan.

Bukan itu sahaja, tindakan secepatnya juga perlu diambil agar tiada kes yang lebih serius berlaku terhadap semua pelajar.

 

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 23-8-2024 08:16 AM
Teruk sgt klau dah byk cmtu. Kalau report pun kne gantung je biasanya. Nasi baik dah nak tukar org baru
Quote manehnya 23-8-2024 09:06 AM
urgh.. pengsan...

kesian kt anak2, nasib baik tak mati, kalau mati mcm mana?
Quote afie_m 23-8-2024 09:15 AM
ish macam manalah boleh hidangkan makanan macam ni
Quote bored_atticus 23-8-2024 09:23 AM
omaigad.. teruk nya. siapa kontraktor tu? makan duit haram betul
Quote plywood 23-8-2024 09:38 AM
adoi... barangkali persediaan makanan tak ikut sop . .. dah tau ada lalat cubalah halau, tutup makanan ker.. roti ada ulat yg pelik sikikt
Quote rospinki 23-8-2024 09:45 AM
mak aiii..sampai ati bgi anak2 makan gitu
Quote KamikuP 23-8-2024 09:50 AM
Dah blur pun tau itu MRSM ARAU
Quote swateng1 23-8-2024 10:03 AM
BIAR BETUI MRSM ARAU SAJI MKNAN MCM NI KAT STUDENT. NK CPT KAYA SGT KA APA NI
Quote tri-max 23-8-2024 10:16 AM
kesian student kat situ
dah la lapar penat belajar + koko
nak makan pulak kena hadap bende2 mcm ni
parents jauh nak ngadu,
tolongla sesapa amik tindakan, jgn kera di hutan di susukan
anak bangsa sendiri mcm pengemis
Quote TeropongThaico 23-8-2024 10:38 AM
Dah teruk pun msh sanggup tunggu kontrak habis. Apsal tak terminate je terus???? Ke ada sesyuaty ni.. aiol terasa ada bau2 ikan goreng berengga le kes ni
Quote azimodin 23-8-2024 11:06 AM
Anak2 menuntut ilmu, sepatutnya pihak peniaga bantu anak2 ini kekal sihat. Bantu orang menuntut ilmu pon dapat pahala jugak.
Dah berapa kes keracunan yang membawa maut tapi peniaga masih memilih untuk hidangkan makanan yang tak selamat dimakan. Sampai hati pedajal anak orang macam ni. Aku bersyukur la sepanjang aku belajar & duduk asrama di fasiliti tajaan GLC, makanan semua bersih. Mungkin sebab bosses & visitor makan kat situ jugak. Mungkin pihak pengurusan (atasan) kena turun makan sekali dengan anak2 di hostel secara rawak, baru la boleh tahu kualiti makanan yang dihidangkan
Quote Gunama 23-8-2024 11:39 AM
Sian korang. Jauh dr family, mkn plak cincai bancai.  Camane sukan Mesia nk maju? Kualiti makanan cam @£€$%#
Yg dpt tender sini sana ni, org bayo ko suh beli ikan kt paso/kt supplier rege 2/3 hengget sekor bkn yg 3 hengget selonggok!

Aku doakan adik2 anak2 sekolah ni dpt pembelaan.
Quote Thunderclouds 23-8-2024 11:40 AM
Ikot pengalaman aku, bila jd cmni sat ja kna shut down pej kesihatan.
Sekolah kna repot ler.
Keee.. Sekolah xrepot sbb lom ada yg keracunan?
Naya kt budak.
Baideway.. Ni mknan kt kantin @ dewan selera?
Quote A-Are 23-8-2024 11:42 AM
untung dapat tender kantin...lauk bebudka senang je x complicated...& sah2 sentiasa ada pelanggan...jaga la kebersihan elok2, kesian ke budak perut semua xbetul2 matang lg xmcm org dewasa...
Quote ifanonline 23-8-2024 11:43 AM
inilah akibatnya bagi kat pengusaha kantin melayu
Quote miszgwenny 23-8-2024 12:46 PM
weyyy agak2 la bg budak2 mkn kot. sampai berulat gitu melampau la
Quote Alisani140900 23-8-2024 03:45 PM
Wuiii mak ai, byknya mcmamana la dapoq depa, ini kalau sekali dua blh lagi tapi ssampai bnyk mcm ni takkan sekolah takleh bertegas sikit kot
Quote Alisani140900 23-8-2024 03:47 PM
Kesian budak2, mesti potonggg ja tambah2 dah habis makan jumpa pelik2 aduhai
Quote Firenzza 23-8-2024 03:52 PM
Kt mrsm blh bwk hp ke?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.150589 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top