MADRID – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod dunia apabila mendapat 10 juta pelanggan beberapa jam selepas melancarkan saluran YouTubenya semalam, lapor akhbar Times of India. Dia memecahkan rekod dunia saluran YouTube paling pantas mendapat 10 juta langganan. Bahkan, Ronaldo memperoleh lebih 1 juta pelanggan dalam tempoh kurang 90 minit. Jumlah itu melonjak melepasi 6 juta enam jam kemudian. Pencapaian Ronaldo itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya milik Hamster Kombat yang mengambil masa tujuh hari untuk pencapaian serupa. Saluran YouTube Ronaldo kini memiliki hampir 12 juta pelanggan dan dijangka terus meningkat. “Penantian telah berakhir. Saluran @YouTube saya akhirnya di sini! Sila langgan dan sertai saya dalam perjalanan baharu ini,” kata Ronaldo menerusi catatan di laman X.
Ronaldo mempunyai 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram. Pemenang lima kali anugerah Ballon D’Or berusia 39 tahun itu meneruskan karier bola sepaknya bersama kelab Liga Profesional Arab Saudi, Al Nassr. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
miszgwenny replied at 23-8-2024 08:49 AM
gilo bhai, pengaruh dia sgt hebat yach. dia alih air pepsi masa sidang media pun, terus jatuh merudu ...
bpbbppbp replied at 23-8-2024 09:01 AM
Dia alih coke u. Tapi yg pepsi tu dia pernah tolak jdi commercial sbb duit tu katanya ke israel.
miszgwenny replied at 23-8-2024 09:36 AM
oooo silap iols heheh tp dia ni mmg rete x abis 7 keturunan.
supernaturalee: ade jgk tgk youtube yg org lai ...
ADVERTISEMENT