KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara ketika ini dinaiki air susulan hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi. Keadaan tersebut turut menjejaskan hampir 50 pengunjung Perhimpunan Agung UMNO 2024 selepas kenderaan mereka ditenggelami air. Tinjauan Kosmo! sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mendapati beberapa kawasan parkir yang menempatkan kenderaan pengunjung PAU2024 telah dinaiki air sehingga paras lutut. Sementara itu, hujan lebat pada petang ini turut menjejaskan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. Selain itu, menerusi laporan Astro Radio Trafik, berlaku banjir kilat dan air bertakung di laluan Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Dutamas, Jalan Kepong dan Jalan Kuching.
|
Perwira2022 replied at 23-8-2024 05:11 PM
Akibat aktiviti pembalakan di Selangor dan KL
ADVERTISEMENT