CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri nafi Remy Ishak ‘tindik’ hidung sebab kerjaya makin hambar - “Cincin itu Remy sudah pulangkan dekat saya, tenang okey”

22-8-2024 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19386| Komen: 18


 

Menyedari Remy Ishak dituduh lapar perhatian gara-gara menggayakan subang hidung, isteri pelakon itu, Ezza menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadap suaminya.

Ezza atau nama lengkapnya Roszaliza Yusof, 42, berkata Remy tidak memerlukan publisiti kononnya dilakukan demi menaikkan semula namanya yang semakin merudum.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ini nak dapat cuti.

“Bezanya suami saya susah nak kongsi di media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam InstaaStory.

 


Ezza turut menunjukkan tangkap layar komen netizen yang mendakwa Remy tampil dengan imej bertindik pada hidung disebabkan kerjayanya yang semakin hambar.

Dakwa individu itu lagi, tindakan aktor berusia 42 tahun itu berani tampil dengan aksesori tersebut membolehkannya mendapat banyak liputan media.

“Mungkin sebab dah makin sendu, jadi bila buat macam ini baru ada berita ‘naik’ pasal dia,” kata individu terbabit.

Pada masa sama, Ezza berharap orang ramai agar tidak cepat melatah atau mudah jatuh hukum terhadap seseorang.

Bahkan, secara berseloroh dia turut menyatakan suaminya itu sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya.

“Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan dekat saya, tenang okey,” ujarnya.

Semalam, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, yang hadir pada majlis pelancaran drama terbaharunya The Secret mengejutkan tetamu apabila muncul dengan imej bertindik pada bahagian hidung.

Remy menyatakan tidak kisah dikecam kerana tampil dengan berbeza, selain mengakui subang yang dipakai itu palsu serta hanya sekadar fesyen. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 23-8-2024 12:10 AM
ala yang tindik hidung tu dia saja je bergurau dengan reputz...terus dijadikan bahan cerita. Takda benda pun sebenarnya. Macam gurau2 manja je
Quote Lily_Elizabeth_ 23-8-2024 12:12 AM
Cam muka muka pekerja pejabat. Cam biasa tak stylo mylo. Kemas lah.
Quote bambimo 23-8-2024 12:14 AM
Lah dh 42 tahun dh si ezza ni...
Quote BoongaKertas 23-8-2024 08:31 AM
iols ada soft spot kat ezza ni sbb dia mcm lembut. hope si wemy ni hargai bini heols.
Quote ekselen 23-8-2024 09:42 AM
publisiti murahan... x sangka la bang wemy yg iols rasa cukup jaga penampilan hujung2 bertindik cam lomu ngan alasan fesyen.... adehhh kalo yg pakai tindik tu dak2 bbnu ala rappers cam snoop dog tu aku phm la... ni style ko tu x sesuai kot... nk berfesyen tu kena lah sesuai ngan penampilan dan usia jgk... ada bini yg nampak berfesyen jgk tp x advise ke style yg sesuai.. bang wemy muka matured kena berpakaian yg kemas elegan gitu br la wangi aduhhh
Quote syamzana 23-8-2024 09:53 AM
mana nak tgk pic pakai subang hidung mcm lembu tu??
Quote aciksenah 23-8-2024 10:28 AM
Ezza ni muka awam sangat..tapi sesuai la dengan Wemy tu...betul la tu makin hambar. Kalau tak takkan beria2 nak explain kan?
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 03:43 PM
letak je..
Quote xtinkerbellx 23-8-2024 03:50 PM
Nak gurau pon xleh. Apoo. Kan bang remy
Quote selipar_hijau 23-8-2024 04:44 PM
Mana gambau nyeeeee
Quote Perawankota 23-8-2024 07:40 PM
Nak tanya brand kasut bini bang wemy ni laku lg ke?
Quote red_velvet 23-8-2024 07:53 PM
Macam fathia versi botox muka eza kt atas tu
Quote anony-mous 24-8-2024 01:33 AM
red_velvet replied at 23-8-2024 07:53 PM
Macam fathia versi botox muka eza kt atas tu

Bibir she nmpk mcm kesan cucuk. I lupa nama apa kaedah tu tp bg bibir nampak 3d. Kalau slh buat jd mcm itik
Quote lembumanis 24-8-2024 02:30 AM
Kepam sgt dedua pun
Quote L.U.S.M 24-8-2024 03:25 AM
Ezza ni muka Dr muhaya versi muda.lols
Quote ardent91 24-8-2024 06:57 PM
selipar_hijau: Mana gambau nyeeeee


google jer
Quote ardent91 24-8-2024 06:57 PM
anony-mous replied at 24-8-2024 01:33 AM
Bibir she nmpk mcm kesan cucuk. I lupa nama apa kaedah tu tp bg bibir nampak 3d. Kalau slh buat jd ...

filler?
Quote anony-mous 24-8-2024 07:28 PM
ardent91 replied at 24-8-2024 06:57 PM
filler?

Mmg filler tp dia ada specific name klau buat keliling bibir shja. I lupa nama apa kaedah tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.138344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top