JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki selamba melakukan aksi biadab terhadap jemaah wanita yang solat di dalam sebuah masjid mengundang kemarahan orang awam, lapor saluran berita Tribunnews semalam. Kejadian berlaku di sebuah masjid di Desa Gunungsari, wilayah Jawa Barat kelmarin. Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid memaparkan lelaki yang mengenakan pakaian hitam dan berseluar pendek itu memasuki ruang solat wanita. Dia menghampiri seorang jemaah yang sedang solat dan membuka seluarnya lalu melakukan aksi tidak senonoh. Kejadian itu disedari jemaah lain dan mereka cuba mengejar pelaku tetapi gagal. Rakaman itu menjadi tular dan tersebar luas di platform Whatsapp, Instagram, Facebook, dan TikTok. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT