CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Poster Papar Durian Sebagai Buah Kebangsaan Singapura Raih Pelbagai Reaksi Netizen

22-8-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21627| Komen: 29|Original author: DidiAndFren


 


Buah durian kini bukan sahaja diminati oleh warga lokal malahan sudah menjadi fenomena di peringkat global. Negara jiran seperti Indonesia turut mula berjinak dalam arena tanaman raja buah itu dan menghasilkan variasi baru di negara mereka.

Baru-baru ini, sebuah poster yang dikongsikan oleh ASEAN Skyline melalui laman Facebook telah meraih perhatian warga maya. Poster yang dikongsikan adalah berkaitan pilihan buah yang dijadikan sebagai buah kebangsaan untuk negara di Asia Tenggara.

Sementara negara lain telah disenaraikan mengikut hasil buah yang ditanam secara lokal di tempat masing-masing, seperti buah naga yang cukup terkenal di Vietnam, buah mangga yang popular di Filipina dan buah manggis menjadi buah rasmi bagi Thailand.

 

Namun, apabila grafik durian dipaparkan sebagai buah kebangsaan untuk negara Singapura telah mengundang pelbagai reaksi oleh netizen.

Menjengah ruangan komentar, rata-rata netizen termasuklah rakyat Singapura sendiri seperti terkejut dengan perkongsian tersebut dan hanya berseloroh mengatakan mungkin Singapura memiliki dusun buah durian tersendiri yang kita tidak ketahui.

Dalam masa sama, netizen turut merasa bangga kerana buah tempatan kini menjadi rebutan untuk dijadikan buah kebangsaan di negara lain meskipun dahulunya ramai yang tidak menyukainya kerana bau yang kuat.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DidiAndFren 22-8-2024 01:32 PM
Quote DidiAndFren 22-8-2024 01:32 PM
Quote otai_g 22-8-2024 01:33 PM
Mn lah Tau kan kot2 dusun durian kat msia ni ownernya adalah org singapore. X mustahil.

Singapore ada beratus2 jet pejuang. Ko ingt dia simpan kat mn jet2 tu semua?
Quote mizzmimi 22-8-2024 01:34 PM
Import dekkk..
Quote mizzmimi 22-8-2024 01:35 PM
Ala image pun cam AI generated jek.. why so serious
Quote xy_daen 22-8-2024 01:36 PM
Admin tolol. Kemungkinan besar admin konoha. Sini pun serupa
Quote Gunama 22-8-2024 01:40 PM
Tu dia Mesia dpt betik Biar betik
Pehal filipin bkn nanas?
Quote shernazz 22-8-2024 01:42 PM
La..kenapa tak letak singapore laici?
Hahahahahaha
Lewlian tanam depan rumah lee kuan yew ke
Quote Samerosie 22-8-2024 01:45 PM
Ada la Singapore durian tanam.  Ini legacy tok nenek derang yg duduk kat pulau2 kat kampungs sana.  Pernah borak dgn Grab driver sana, dia confirmkan ada je pokok durian kat Singapore tapi tak banyak.  NParks pun ada bela pokok2 ni.  Eh bela ke?  Jaga? entahlah tapi maintain la camtu.
Quote Decaffeinated 22-8-2024 01:54 PM
Isu (Isu ka?) yang di kitar semula oleh Cari forum. Apa yang peliknya buah tropika kot kalau dia pilih buah epal baru lah rare. Kalau dusun isunya kang Singapore start tanam siap export ke Malaya ko jangan sentap pula.
Quote DidiAndFren 22-8-2024 05:16 PM
Quote tripleid 22-8-2024 05:20 PM
Lol.ni pon nak sentap bagai ..dah serupa ummah konoha pangai

Ummah tiktik bimbo ni tak tau kot zaman Stamford Raffles dulu negeri Temasik tu penuh ngn pokok degheyan.
Quote yenil95 22-8-2024 05:24 PM
jangan serious sangat. hahaha
Quote sufi^_^ 22-8-2024 05:26 PM
Netizen banyak masa nak gaduh benda remeh.
Quote aromabeaute 22-8-2024 07:30 PM
20 tahun dulu ada banyak juga pokok durian dalam dan luar kawasan Nanyang Technological University. Tapi dalam kawasan NTU dah banyak pembianaan baru may be dah tak ada.  Mungkin di luar kawasan masih ada.  Jika dari KJE untuk ke BKE untuk balik ke Johor, bila musim durian ada juga Malaysian riders park kat road shoulders untuk cari durian kat dalam semak-samun tu waktu pagi semasa balik kerja malam at least 5 tahun lepas.  Sekarang jalan pun makin besar so banyak juga pokok sudah di tebang, tapi masih nampak juga dari highway pokok2 tu.
Quote nusaraya 22-8-2024 08:53 PM
Edited by nusaraya at 22-8-2024 09:02 PM

Apakah casenya sama dengan ini ...?

1. Candi Borobudur dan Prambanan adalah maha karya yang membuktikan betapa genius dan tinginya tamadun seni  bina bangsa melayu mahawangsa Malaysia .. padahal mereka klaim bahwa mereka X pernah menganut agama hindu dan budha sejak awal ...

2. Memberi gelar kepada Laksamana Meulahayati dari Ach sebagai Panglima Angkatan Laut berbangsa melayu Malaysia yang terunggul karena pernah menjadi panglima wanita angkatan laut di dunia  + memberikan gelatan kepada Cut Nya Dien dan Teuku Umar sebagai pahlawab bangsa melayu mahaeangsa yang gagah perkasa berjuang mengusir penjajahdi Tanah Melayu ..

Hanya 2 di atas yang saya paparkan  di sini .. Ternyata perilaku bangsa melayu mahawangsa sama teruk dan busuknya dengan  Singapore yang kau kecam itu ... Hehehehe

[youtube]BUswe9v3u00[/youtube]


[youtube]BlC_OfilZ-A[/youtube]



Quote MarryPottet 22-8-2024 09:05 PM
National fruit of Singapore is attap chee aka buah nipahlah patutnya
Itu je pokok buah yg masih tumbuh kat hutan paya bakau dia yg seciput tu
Pokok rambutan pun biasa nampak jugak kat sana tapi just sepokok dua dlm kawasan rumah orang je
Quote hyie 22-8-2024 09:55 PM
diorang ada buka ladang kt belah indoan sana kan..iols ada terbca masa isu jerebu indon masuk singapore, pastu orang singaporn dok komplen indon import jerebu masuk ke negara diorang, dan diorang kena bash balik sebab jerebu datang dari pembakaran ladang milik singaporn. Maybe belah2 Sumatera sana kot..
Quote mojarean_X 22-8-2024 09:59 PM
Mcm israel claim mknn arab mknn dorang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top