CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertentangan Dengan Arahan Kerajaan, Tidak Dibenarkan Mengenakan Caj 20 Sen Beg Plastik!

22-8-2024 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27405| Komen: 41|Original author: DidiAndFren


 


Setelah lebih beberapa tahun kita membayar caj 20 sen bagi setiap beg plastik untuk bungkus barang di pasaraya, baru diketahui rupanya ia bertentangan dengan arahan kerajaan selama ini.

Memetik Harian Metro, semua pasar raya dan peniaga di Negeri Sembilan tidak dibenarkan mengenakan caj bagi penyediaan semua jenis beg plastik kepada pelanggan termasuk dari jenis biodegradasi.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, masih terdapat pasar raya yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sama ada jenis yang dibenarkan atau sebaliknya.

“Sebenarnya larangan penggunaan beg plastik sekali guna, polesterina dan penyedut minuman di seluruh negeri sudah dikeluarkan sejak Oktober 2022.

“Peniaga boleh menyediakan beg plastik jenis biodegrasi atas permintaan.

“Tiada caj boleh dikenakan kepada pelanggan ke atas penyediaan atau pemberian beg plastik jenis biodegradasi yang dibekalkan secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah memberikan kelonggaran kepada peniaga dalam tempoh dua tahun termasuk menjalankan pelbagai kempen larangan penggunaan beg plastik.

Malah, semua PBT diarahkan supaya lebih agresif untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap semua peringkat perniagaan.

“Sejak 2022 PBT sudah mengenakan syarat permohonan lesen perniagaan tidak boleh menyediakan beg plastik kepada pelanggan. Tindakan ini adalah satu kesalahan dan melanggar syarat lesen.

“Masih terdapat syarikat besar dan kecil yang membekalkan plastik dilarang seperti oxo-degradable atau jenis photodegradable yang sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan.

“PBT tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen ini yang mana boleh membawa kepada pembatalan lesen,” katanya.

Beliau berkata, peniaga atau pasar raya yang melakukan kesalahan ini boleh dikompaun RM250 dan jika gagal bayar boleh diheret ke mahkamah.

Sebelum ini, PBT masih memberikan notis peringatan kepada peniaga yang didapati melanggar peraturan itu membabitkan 1,125 notis di seluruh negeri.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 22-8-2024 04:26 PM
Lps ni gi aeon klu lupa bawa beg sendiri blh guna bag plastik yg disediakan for free lah ye.? Gitu ke
Quote jazaa100 22-8-2024 04:38 PM
Mende le.....
Dah byk kena byr, tetiba tak blh cas pulak
Quote vanilacup 22-8-2024 04:41 PM
Selama ni di Selangor pun cas 20 sen even kadangkala beli makanan pun sama ...
Berapalah mereka untung sehari agaknya?
Quote freesia71 22-8-2024 04:52 PM
Edited by freesia71 at 22-8-2024 04:56 PM

Elok buat cam speedmart, lansung takde plastik. Pandai2 ko lah nak bwk barang kot mana. BIg kat publika pun takde plastik. Nak kalu, beli bag groceris rm 3. Tapi aku suka beg groceries dia. Sgt function ye utk isi barang.

Quote supernaturalee 22-8-2024 05:00 PM
da f***
bertahun2 dah kot org duk bayar

i tot 2 posen yg dorg collect tu guna utk alam sekitar yada2 tu


Quote cantthinkofany 22-8-2024 05:31 PM
denda 250 RM je????? diarang kutip duit 20 sen dah bertahun....dah juta kot dapat untung.....HJ betollllll.....
Quote Gunama 22-8-2024 07:10 PM
250 hengget? Ngekek guling2 puak2 tu dgr. Dlm seminit dua bukak kedai dah boleh collect much much more than that
Quote ninja boy 22-8-2024 07:53 PM
Untung2, bila xde bag plastic ramai buang sampah pakai baldi terus buang ke tong besar
Quote PULANGKAN 22-8-2024 08:47 PM
freesia71 replied at 22-8-2024 04:52 PM
Elok buat cam speedmart, lansung takde plastik. Pandai2 ko lah nak bwk barang kot mana. BIg kat publ ...

Iols pun dah terbiasa speedmart
dalam kereta and dalam rumah pun ada beg speedmart, dengan bakul kosong. bakul buat pegi pasar pagi bak kata orang dulu-dulu

kalau pegi shopping mall, bawak tote bag besar gedabak sebijik. sumbat la segala khazanah dan harta karun dalam tu. takyah plastik banyak-banyak
Quote freesia71 22-8-2024 09:00 PM
PULANGKAN replied at 22-8-2024 08:47 PM
Iols pun dah terbiasa speedmart
dalam kereta and dalam rumah pun ada beg speedmart, dengan bakul k ...

Bagus sebenarnya buat mcm tu. Kurangkan penggunaan plastik to save environment.
Quote Firenzza 22-8-2024 09:11 PM
supernaturalee replied at 22-8-2024 05:00 PM
da f***
bertahun2 dah kot org duk bayar


Iols prnh tnya manager 1 shopping complex tu duit caj 20 sen korang bagi kt sapa? PBT ke JAS ke....dia x jawab cuma sengih je.....tp x lama pastu tup2 beg plastik ada balik. Tp yg paling celako kt aeon depa mmg pakai plastik biodegradable sblm ni tp nk untung punya pasal jual beg kertas 60 sen, mmg celaka beli brg basah teruih terburai beg x sempat sampai keta
Quote Decaffeinated 22-8-2024 09:15 PM
Tak silap aku 20 sen tu kononnya denda tapi supermarket dah macam berniaga beg plastik pula.
Quote L.U.S.M 22-8-2024 09:32 PM
Nasib baik 2024 baru ckp

Kalau 2040 hahahaah
Quote otai_g 22-8-2024 09:36 PM
Caj plastic 20sen ni sbnrnya 1 cadangan yg maha bodoh dtg drp kerajaan. Semoga pencadang asal idea ni kuburnya berasap. Cadangan ni menyusahkan rmi org Dan menguntungkan tokey kdi sbb da cut cost plastic bag.
Quote MissVixen 22-8-2024 09:50 PM
Patutnya kedai wajib sediakan beg kertas. Takat denda 20 sen orang ramai nak je bayar. Patut macam speedmart tu, tegas tak bagi walaupun kena kutuk.
Quote sapeka 22-8-2024 09:50 PM
Undang undang apa la depa ni
Quote Tiggybiru 22-8-2024 09:58 PM
Cmni la
Lupuskan terus je
Iols support je benda yang environmental friendly
Mmg kita reuse plastic bags tu isi sampah dan sebagainya
Tapi bg iols mcm speedmart buat ok
In a way you tak beli banyak sgt , you beli apa yang you perlu shj
And buat habit simpan shoping bag dalam kereta/handbag so bila terkejut tergempaq nk shopping mudahh
Quote delia3003 22-8-2024 10:05 PM
Speedmart tengok cashier jugak, kalau yang jenis bagus, diorang akan bagi kotak, kalau yang jenis tak kisah, pandai² customers la. I nasib baik jenis letak 2-3 grocery bags dalam kereta. Letak lebih tu kot la terlupa nak letak balik dalam kereta lepas guna, ada lagi spare.
Quote supernaturalee 22-8-2024 11:26 PM
Ni bkn psl ko guna beg kertas, beg nylon, kain ke
Ni psl peniaga2 duk telan duit customer
Mmg la nilai X bnyk 2 posen
Tp imagine la org beli di supermarket cthnya mesti blh dr 1 beg plastic
Dah tu bertahun2 dh berlaku

X ptg la nk citer ko terpaling jaga alam sekitar
Phmkn isunya di sini dulu ye sissy2 semua

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.130316 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top