Juadah nasi lemak cukup terkenal dengan nasi putih, kacang, ikan bilis bersama sambal sebagai pelengkapnya. Agak janggal jika salah satu komponen penting tidak diberikan dan dijual berasingan pula. Ini yang terjadi kepada seorang chef terkenal di TikTok di mana dia meluahkan kekesalan dengan satu rangkaian restoran terkemuka yang menjual set nasi lemak dengan harga yang tidak masuk akal di Subang Skypark Airport. Difahamkan nasi lemak sedia dijual berharga lebih RM5 dan lebih menyedihkan lagi apabila perlu membayar caj tambahan untuk sambalnya. “Jangan cuba menipu duit customers boleh? Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal! “They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?,” katanya. Selain perlu membayar sambalnya, dia juga tidak dapat menerima rendang ayam yang ditawarkan hanya datang dengan beberapa cebis potongan ayam pada harga RM4.90.
Pada video seterusnya, dia langsung menggelarkan ia sebagai nasi lemak ‘telanjang’ kerana sambal dijual berasingan. Berkaitan kuantiti rendang ayam yang dijual, Chef Zam berpendapat anak yang bersekolah di tadika pun boleh dapat portion ayam yang lebih besar. Susulan itu, Chef Zam lalu mempersoalkan di manakah rasionalnya buat restoran terkemuka itu menjual makanan yang tidak lengkap serta kuantiti yang tidak sepadan dengan harganya. Sudahlah harga cekik darah, kualiti dan kuantiti juadah yang dijual secara keseluruhannya tidak mencapai standard yang diharapkan. Sumber : The Vocket |
tri-max replied at 22-8-2024 02:44 PM
yg iols tahu nasi lemak bungkus kaw kaw ni takada sijil halal kan
napa berbondong2 umat islam gi mak ...
kakikuDibibirmu replied at 22-8-2024 02:58 PM
Makcik-makcik jual nasi lemak tepi longkang lagi lah tak ada sijil halal, apatah lagi nak isi MyIn ...
46BlueBerry replied at 22-8-2024 02:56 PM
kalau ikot orang2 yg penah beli situ, nasi lemak yg ada dengan lauk2 tu, sambal biasa takde. kalau n ...
jfq replied at 22-8-2024 03:41 PM
Eh chef wan dulu pun bukan ada sebut nasi lemak telanjang served by an airline
ADVERTISEMENT