CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fathia Latiff Janji Buang Tatu Di Tangan Kirinya - "Ya, Saya Ada Tatu Yang Saya Buat Dua Tahun Lalu Semasa Berada Di Luar Negara"

22-8-2024 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28207| Komen: 18


 


Umum tahu pelakon Fathia Latiff, 36, sebelum ini kerap mengundang kontroversi dipercayai akibat tekanan perasaan yang dialaminya.

Gara-gara mengalami episod tekanan perasaan, Fathia mendedahkan dia pernah mencacah tahu pada tangan kirinya dua tahun lalu ketika berada di luar negara.

"Saya sebenarnya terbuat (cacah) tatu tulisan 'Angel On Earth' yang ketika itu saya dalam keadaan mengalami tekanan dan tak mampu berfikir secara waras. Tapi sekarang saya tahu, benda ini salah.

“Ketika itu saya terlampau tertekan. Tatu itu membawa maksud angel on earth,” katanya.

Malah menurut Fathiya, ibu dan bapanya pernah ‘berceramah’ kerana tidak bersetuju dengan keputusannya mencacah tatu pada badan.

Justeru, mengakui itu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dilakukan orang Islam, Fathiya berkata dia sudah lama merancang untuk membuang tatu tersebut.


“Sudah tentu ibu bapa saya lecture saya mengenainya (tatu). Cuma mereka tidak marah begitu teruk kerana bimbang kesihatan mental saya.

“Tapi memang saya sudah lama nak buang cuma alami kekangan masa,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Pelakon Nur Kasih itu pernah secara terbuka berkongsi menghidap masalah kesihatan mental iaitu skizofrenia namun keadaannya kini lebih tenang selepas dua tahun menjalani rawatan.

Bagaimanapun, Fathia mengakui apa yang berlaku menjadikan hubungan dia dengan keluarganya semakin erat dan ia membantu apabila dia tinggal bersama mereka.


Dalam perkembangan karier seninya, Fathia berkata, dia teruja dan sudah bersedia untuk kembali aktif dalam karier lakonan serta berterima kasih kepada pengarah juga penerbit, Erma Fatima kerana sudi memberikan peluang.

"Saya jadikan drama 'online', Jangan Tinggal Abang Dek! sebagai karya permulaan untuk merancakkan semula karier lakonan yang sudah lama juga saya tinggalkan sebelum ini. Saya akan cuba beri komitmen yang baik.

"Apapun, bekerjasama dengan mama Erma bagi saya adalah peluang rezeki yang baik untuk saya mengatur semula langkah aktif di dalam karier lakonan, walaupun saya juga ada kerja yang lain," katanya.

 

Sumber : Kosmo, Berita Harian










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 22-8-2024 05:15 PM
Focus jelaaa dgn treatment ko tekya..

Industry dh byk muka2 baru
Kang nnt down lg ko tatu cucuk macam2 plak
Quote anilanil 22-8-2024 05:24 PM
Gi work out la tekya. Buat IF cam lisa. Body dah letops mantap baru la keje balik. Nak berlakon watak heroin cam tipis je peluang. Focus treatment utk mental & physical la dulu.  Anju pon body dah letops (versi tutup mulut, tak nampak gigi) so tekya, u can do it.
Quote JunkMail 22-8-2024 05:29 PM
Dah muka nenek Rozie Othman dah kau ni tekyah
Quote lightheaded67 22-8-2024 08:27 PM
takpela cuol.. jgn putus asa
Quote _blackbird 22-8-2024 09:07 PM
Aku confuse dengan cecehan beliau yg kata "muka saya cengkung ke saya kurus" gituh lah. Boleh tolong tepek gambar / tekya versi mana yg di claim sampai termotivate utk buat procudure yg beliau buat tu
Quote Tiggybiru 22-8-2024 09:35 PM
Tekyaa go exercise, live healthy.. eat fresh food
There is a limit to procedures done to the face
Yours is clearly overdone
Quote kuzaime 22-8-2024 09:39 PM
JunkMail replied at 22-8-2024 05:29 PM
Dah muka nenek Rozie Othman dah kau ni tekyah

X ingat drama apa ntah dulu, kalaulah x baca senarai nama2 pelakon memang hampir2 x kenal yg tu acik rozie..lain benau rupa  

Aku lagi suka tengok muka sejenis aged naturally macam acik aida khalida, mak tiri khir rahman, n beberapa org lagi yg aku lupa pulak nama dorang. Berumur pun lawa aje x bengkak / sembab sbb cocok
Quote rain2169 23-8-2024 08:36 AM
lepas buat tatoo, kurang ke rasa stress tu...
Quote tompie 23-8-2024 09:27 AM
terpengaruh dengan kawan baik dia kot.. tengok kawan baik dia ada tatoo.. dia pun nak buat..
Kalau terasa nak buat sangat pun, takyah ahh buat permanent.. ko tulis aje lah beso2 ala2 Chris Martin buat tu...
Mcm2 benda ko boleh tulis.. mcm billboard gak ahh, ataupun public service announcement ataupun social awareness campaign..
Quote missHaidiD 23-8-2024 09:30 AM
Pesal bnyk naw benang tekya ni
Quote missHaidiD 23-8-2024 09:32 AM
anilanil replied at 22-8-2024 05:24 PM
Gi work out la tekya. Buat IF cam lisa. Body dah letops mantap baru la keje balik. Nak berlakon wata ...

Tekya bole berlakon jadi mak pd wanna ali


Tp nak ke dia jd mak2
Quote miszsusy 23-8-2024 12:58 PM
Edited by miszsusy at 23-8-2024 01:00 PM

Kesia pulak tgk FL ni, harap dia dpt mencari ketenangan, patut dh jadi antara pelakon yg mahal dh…kelas atas…
Quote vanillaninja 23-8-2024 02:14 PM
Angel on earth tu dulu2 mungkin la kot. Wajah orimu.
Quote awenda507 23-8-2024 04:38 PM
harap2 tak makin menjadi2 la kemurungan dia bila dia masih nk ada dlm industri ni. hati kena kental tekya
Quote mrsLucky 23-8-2024 04:46 PM
Thank you Erma bagi Fathia peluang..semoga Fathia ambil peluang ini dan tunjuk kan komitmen yang baik..she ada bakat..

Dan tolong jangan hentikan buat rawatan psy ya.. bagi mental tu sentiasa stabil..

tatu tu nak remove pun ambil masa.. bukan sekali laser akan hilang..and PLEASE jangan cocok2 filler lagi..sebab dah terlebih cocok i tengok
All the besh Fathia.. take care...

Quote sharlenetexas 23-8-2024 04:52 PM
Gambar tiang batu tu bengkok ke?


Quote makneng 23-8-2024 09:59 PM
Muka alter dia bughuk sia. Mak x kata kejadian tuhan eh. Ni kejadian manusia. Baik kau cari mak esah suh tanam susuk kat muka kau cepat!!!! Hahaha
Quote NotYourHabibi 23-8-2024 10:30 PM
Muka original dulu jauuuuuh lagi cantik. Sebab tu, jangan ubah & usik.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051165 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top