Rumah tangga mana yang tidak pernah berdepan dugaan. Ada pasangan yang mampu menghadapi cabaran namun sekiranya sudah tertulis tiada jodoh antaranya, maka perceraian mungkin jalan terakhir untuk masing-masing meneruskan kehidupan. Disaat sukar apatah lagi kali kedua bercerai, sokongan keluarga, rakan-rakan dam pihak profesional amatlah penting. Pelakon Salina Saibi, rakan lama kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, mendedahkan bahawa Syamsul ada memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan baik. Menurut Salina, yang sudah lama bersahabat dengan Syamsul sejak filem Bohsia, mereka jarang berjumpa tetapi sering berkomunikasi menerusi mesej langsung. "Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul"
Sebagai kawan lama, Salina sering bertanyakan khabar Syamsul dan menasihatkannya untuk mencari jalan terbaik dalam apa jua keadaan. "Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa."
|
sarah_ary2 replied at 22-8-2024 03:05 PM
Lawalah Salina ni outside of police uniform, kalau pakai topi tu tak nampak sgt kelawaannya :l ...
Sendawg replied at 22-8-2024 03:17 PM
I kerja dgn Salina dulu. Dia pakai korset mmg ketat gila. Mcm mana la dia bernafas. Kagum jugak.
sarah_ary2 replied at 22-8-2024 08:40 AM
Yeke? Aiols suka tgk lakonan dia bestlah dia berlakon, nampak dia ni mcm seorang yg cool and chil ...
sarah_ary2 replied at 22-8-2024 04:40 PM
Yeke? Aiols suka tgk lakonan dia bestlah dia berlakon, nampak dia ni mcm seorang yg cool and chil ...
Sendawg replied at 22-8-2024 03:17 PM
I kerja dgn Salina dulu. Dia pakai korset mmg ketat gila. Mcm mana la dia bernafas. Kagum jugak.
ADVERTISEMENT