CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Supaya tak dimamah usia’ – Fatiya Latiff mengaku suntik filler, botoks untuk nampak lebih cantik dari dulu

22-8-2024 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34522| Komen: 265


 

Pelakon sensasi Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya dan mengikut trend semasa demi untuk kelihatan lebih cantik dan awet muda.

“Dulu muka saya cengkung saya rasa tak cantik. Sebab tu saya suntik agar lebih cantik.” katanya.

Menurut Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, dia juga mahu memastikan wajahnya tidak dimamah usia dan lebih cantik dari dulu.

“Saya tak faham kenapa ramai yang nak cakap wajah saya yang dulu lebih cantik. Padahal saya rasa saya nampak cengkung dan tak cantik.

 

“Lagipun umur saya semakin meningkat. Saya mahu kekal nampak muda dan berseri,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Farmasi Sound Zation, di sini, semalam.


Tambah pelakon drama Ariana Rose  itu lagi, rawatan suntikan wajah untuk kelihatan lebih cantik bukan lagi perkara asing pada zaman sekarang.

“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.

“Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah.

“Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat,” ujarnya.

 

Tanpa berselindung, Fatiya mendedahkan dia melakukan suntikan ‘filler’ dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung dan matanya.

“Terkini saya baru buat rawatan ‘salmon skin treatment’. Di tempat saya buat rawatan itu saya lihat ramai sangat wanita yang datang. Maknanya, perkara ini sudah menjadi trend.

“Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.

“Saya tahu sekarang ini tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang nak dapat tawaran lakonan selepas ini seperti sewaktu saya kurus dulu,” jelasnya.



Selain itu, Fatiya juga memberitahu dia masih dalam proses rawatan pakar berikutan masalah kemurungannya yang serius sejak dua tahun lalu.

"Saya ada masalah kemurungan yang serius, saya ada jumpa dengan doktor dan sekarang semakin baik. Dua minggu sekali saya akan jumpa doktor."


Sumber : Media Hiburan, KOSMO









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 22-8-2024 12:04 PM
Cantik betul dia ni dulu kan. Rsnya kalau dia tak tingtong muka dia akan aging gracefully je. Takde la mcm ni.
Quote kuzaime 22-8-2024 12:07 PM
makin cantik??
Quote noor2 22-8-2024 12:08 PM
Ya Allah..cukup la Fathia...makin teruk akak nampak...akak yg dulu x lawa dari ko sekarang rasanya akak yg tua ni lagi lawa setelah ko cucuk2 muka ko...stop laaaa...ishhh
Quote noor2 22-8-2024 12:10 PM
Dah knp ada muka Amoi cina sekali kat topik ni
Quote mongoose_kidz 22-8-2024 12:11 PM
Ade iras nenek shasha dolla tu da...sakit dia ni.bawa2 la berubat
Quote zuri154 22-8-2024 12:12 PM
Patiya mengakui tawaran dah kurang & berharap lps ni byk tawaran job yg masuk
Quote cicicumel 22-8-2024 12:12 PM
Dia kena kuruskan badan..boleh cantik balik mcm kembar dia si AnjuJolie
Quote kechikchomel 22-8-2024 12:12 PM
masalahnya nampak lagi tua dari usia + makin huduh kak!


Quote L.U.S.M 22-8-2024 12:15 PM
Ozempic???
Quote annadonna 22-8-2024 12:16 PM
Tak apalah. Mungkin ni boleh ubat kemurungan dia. Tapi itulah.... masalahnya.... hmmm.... Takpelah... Tak baik sebut....
Quote apedehal 22-8-2024 12:17 PM
Soalan xkuaserr dr aku..tekya ni xda cermin ke kat rumah..delusional nya..once a beauty...what a waste
Quote apedehal 22-8-2024 12:18 PM
Oh ye...ketinggalan ketapi aku ni .dia da xjd kerani kat pejabat loyer dah ke?
Quote kucingitam 22-8-2024 12:24 PM
dulu lagi cantik la kak ya... aduh...
Quote lasagna 22-8-2024 12:29 PM

iols pun rse dia consume ozempic,
ye laa ramai artis US amek kan..

Quote syamzana 22-8-2024 12:30 PM
mmmm...baik menua semulajadi kalau repair segala benda ujung2 gini je hasilnya.
kalau jmp doc 2mggu skali utk rawatan psikiatris tu bkn dikira tenat ke? atau jmp doc 2mgu skali tu utk rawatan muka??
Quote heythere123 22-8-2024 12:30 PM
rasanya selain dari mental sheols ada penyakit gila attention

bawak2 la berubat, mana tahu boleh dapat kad selain dari ic
Quote edayildiz 22-8-2024 12:31 PM
gemuk kan dia skrg..tp mukut dia tebal giler...i tgk dia live kt tt dua hr lps..kelakar giler
Quote Perawankota 22-8-2024 12:32 PM
Dia dah tak berlakon so mana dtg source income dia?
Quote MistrezHermanaz 22-8-2024 12:35 PM
huhu camne la dia leh ckp muka dulu x lawa..sakit dia ni

Lihat semua komen(265)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.142561 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top