Pelakon Ayu Raudhah yang kini sedang berpantang di rumah kakaknya, Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan dikejutkan dengan berita dua pembantu rumahnya melarikan diri. Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Ayu memohon jasa baik orang ramai untuk memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak dua pembantu rumah warga indonesia itu. Memetik Kosmo, kakaknya Rozita Che Wan juga mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengesan dua pembantu rumah yang dinyatakan hilang hari ini. Dalam masa sama Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta itu turut memuat naik gambar dua wanita dalam Instagram termasuk di ruangan Instagram Story.
“Kalau ada ternampak pembantu rumah ini tolong mesej (DM) kami. Mereka ini sudah lari,” katanya. Pelakon yang juga isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menyertakan nombor telefon iaitu 012 6224142 untuk dihubungi. “Pembantu rumah yang lari itu bukan pembantu rumah saya, tetapi Ayu. “Ayu sekarang ini berpantang di rumah saya, Zaquan (suami Ayu) dengan semua anak-anak ada di Seremban. “Kedua-dua pembantu rumah itu lari pada petang tadi,” katanya. Perkongsiannya itu lantas menarik banyak perhatian termasuk golongan selebriti seperti Sharifah Shahirah, Zarina Zainuddin, Azharina dan bekas pesonaliti televisyen Puan Seri Normala Samsudin. “Pergi buat laporan polis, saya banyak kali kena pembantu rumah lari dengan membawa barang kemas. “Kena buat laporan polis dan laporkan kepada imegresen,” nasihat Azharina. Pada awal Ogos lalu Ayu Raudhah dan suami bekas pemain bola sepak Zaquan Adha selamat menimang cahaya mata ketujuh.
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888 Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/ Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/ |
pocongkiutss replied at 22-8-2024 11:16 AM
Iols tak penah rasa nk ada maid .rasa mcm ada org asing gitu..no privacy..baik la invest beli robot ...
“Ayu sekarang ini berpantang di rumah saya, Zaquan (suami Ayu) dengan semua anak-anak ada di Seremban
tri-max replied at 22-8-2024 11:55 AM
huntongla boleh berpantang umah kakak
kalau pantang umah sendri dgn stress laki, stress anak2, stres ...
jebatmaspunyer replied at 22-8-2024 11:53 AM
5 tahun lebih pregnant, 5 tahun lebih x pregnant = 11 tahun.
Iolls pun adik beradik ramai. Dulu ti ...
Manusiabesa replied at 22-8-2024 02:32 PM
Aku beranak skli pun dh rehat skrg rasa xtmbh dh kot. Trauma czer jahitan terbuka.
Org dlu berana ...
Carcosa replied at 22-8-2024 11:23 AM
Eh eh, meols ingat, meols sorang je yg miskin papa kedana gitu, sbb takde maid.. Rupanyaaaa ramai ju ...
ADVERTISEMENT