CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hellooo! adalah suara hati saya - Selepas sekian lama 'bertapa', Dafi hadir dengan single terbaru

21-8-2024 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29810| Komen: 15

 


Kali terakhir, pelakon dan penyanyi, Dafi mengeluarkan single Girl serta Sempurna pada 2016.

Selepas sekian lama 'bertapa', Dafi memilih bulan ini sebagai permulaan baharu tampil dengan single Hellooo!.

Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri yang juga pernah mencipta nama sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima berkata, dia sudah lama berhasrat tampil dengan single baharu.

"Sudah lama tidak tampil dengan single baharu sejak 2016. Sehingga ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.

"Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.

"Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan, cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu," katanya kepada BH Online.


Berkongsi lanjut, Dafi berkata, hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi lebih matang seiring dengan pertambahan usia yang kini berusia 36 tahun.

"Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan ketika menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat, persahabatan dan aura positif.

"Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.

"Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan dua figura yang juga idola saya dalam industri. Karya dihasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya terus jatuh cinta," katanya.

Dafi berkata, memilih frasa sapaan 'Hello' sebagai mukadimah untuk permulaannya dan lagu sentuhan oleh komposer Altimet dan lirik oleh Shazee Ishak itu adalah simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.

Katanya, dia tidak melihat percubaannya dalam bidang seni sebagai pematah semangat, sebaliknya meneruskan langkah untuk berjuang.

"Sebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.

"Hellooo! adalah suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.

"Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan, namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.

"Ini kerana saya mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan tidak mahu berputus asa begitu sahaja," katanya yang kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 22-8-2024 12:01 AM
Baikkkk punyerrr
Quote sharlenetexas 22-8-2024 12:03 AM
Bertapa buat muka?

Quote masnona 22-8-2024 12:07 AM
Kerja apa la dia ni
Quote I.K.A888990 22-8-2024 12:08 AM
cubaan utk berapa kali kah ini
Quote sleepandream 22-8-2024 01:38 AM
ape cite ular dan segala reptilia yg heshe bela dlm rumah tu yach... masih bela kahh
Quote cikkilata 22-8-2024 02:41 AM
Mcm better bertapa terus je... Lagu x sedap mana pun.. Cuba la cari material best sikit kalau nak perabis duit pun ..
Quote Sendawg 22-8-2024 09:07 AM

Bapak dia kan bekas perdana menteri.
Quote lilyrosey 22-8-2024 09:08 AM
ya rabbiii, dia ni biar bertapa terus, jangan keluar dari guaaaa.
Quote kaseh80 22-8-2024 09:13 AM
Baru buat muka kah lain beno rupenya
Quote makciktijah 22-8-2024 09:38 AM
umur da 36, amende la ko nyanyi lagu mcm bbnu??
Quote Lampuled 22-8-2024 09:42 AM
Lain mukanya. Ku sangka retis seberang tadi.
Quote m2506 22-8-2024 09:53 AM
wowwwwwwwww
Quote anilanil 22-8-2024 09:54 AM
"Hellooo! Good bye" Seriously memang spelling lagu single ko nak kena letak triple 'o' ke?
Quote sakurazura 22-8-2024 10:38 AM
Kaya. Ada rupa. Tapi syg bakat x kemana. Macam tu la ujian hidup. Tuhan x bagi kita perfect semua perkara. Yg penting jgn berputus asa. Semoga dafi berjaya.
Quote Kangkung1M 22-8-2024 12:20 PM
sharlenetexas replied at 21-8-2024 12:03 PM
Bertapa buat muka?

Sekarang musim artis senior buat comeback.

Bagus lah artis senior macam Dafi ni buat comeback dengan single baharu, daripada si Rosyam Nor, buat comeback dengan promosi vape. Benci aku artis promosi produk tembakau macam ni.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/C-2NgvZyG4r/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043477 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top