CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri kehilangan 'hero' bernama Yusuf Azmi akhirnya terjawab

21-8-2024 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47096| Komen: 43|Original author: maklukpenggoda


 


Warganet secara menyindir tertanya-tanya ke mana ghaibnya individu bernama Yusuf Azmi yang dianggap paling menggeletar apabila isu berkaitan Raja-Raja Melayu disentuh.

‘Misteri’ kehilangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) itu susulan titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menzahirkan kemurkaan dan terkilan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin.


Semalam, menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal menyifatkan Mahiaddin secara sengaja dan sinis memperlekeh serta mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Ekoran itu, sedutan kenyataan garang Yusuf yang juga bekas Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap pihak yang menghina raja turut tersebar kembali.

“Sekiranya ada Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu dihina, kita adalah InsyaAllah di barisan hadapan untuk membela mereka kerana mereka sebagai ulul amri (pemerintah yang sah) bagi kita,” ujarnya.

Dalam satu kenyataan pada 22 November 2022 iaitu tiga hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), individu yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram itu menggunakan huruf besar untuk menegaskan, “SAYA HILANG SABAR!”.

Yusuf beralasan bahawa dia dan kumpulannya berhimpun di perkarangan Istana Negara bagi membela Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu.

Namun, Yusuf menafikan cemuhan orang ramai ketika itu yang menyifatkan perhimpunan mereka sekadar buat kecoh.

“… bukan semata-mata memohon pembentukan kerajaan segera seperti yang digempar-gempurkan sesetengah pihak, tetapi adalah untuk merayu kepada YDPA supaya membuat keputusan berdasarkan pilihan rakyat dan bukan kerana desakan yang diterima,” dalih Yusuf lagi.


IMG_2447.jpeg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 20-8-2024 08:42 PM
Nie hilang masuk gua bertapa ke or benar2 kes hilang kena colek..

Quote Zezo 20-8-2024 09:04 PM
Hilang dah kshaking dia lepas kena gertak dgn PW.
Quote maklukpenggoda 20-8-2024 09:26 PM
[twitter]https://twitter.com/jaksrmd/status/1825391185596420524?s=61[/twitter][twitter]https://twitter.com/orenjirenoren/status/1825457429620179240?s=61[/twitter]
Quote Rogue98 20-8-2024 09:37 PM
Hot2 chicken shit jer dia ni..hero apa pendek camni...
Quote kemaruk 20-8-2024 10:33 PM
Dulu  sembang nak gegar 9 dragon

Sekali dia kenal sape 9 dragon, terus kecut
Quote maklukpenggoda 20-8-2024 11:03 PM

[twitter]https://twitter.com/apanakdikato/status/1825879831843844579?s=61[/twitter]
Quote abas8888 21-8-2024 08:14 AM
kemaruk replied at 20-8-2024 10:33 PM
Dulu  sembang nak gegar 9 dragon

Sekali dia kenal sape 9 dragon, terus kecut

siapa 9 dragon tu?
Quote s@s@ 21-8-2024 08:50 AM
dia dah slow sejak kecoh x bayar supplier melayu
Quote edayildiz 21-8-2024 09:00 AM
dia ni yg owner semboyan tu ek
Quote ezacbee 21-8-2024 09:03 AM
Laaa ingatkan dah arwah. Hilang rupanya. Tanjat tau.
Quote manop 21-8-2024 09:36 AM
Ceh walaun ni.. dgn Bangla berdentum la. Kena gang sendiri cam kucing basah!
Quote PinkyPie 21-8-2024 10:12 AM
Busy jual baju
Quote prettyuglybabe 21-8-2024 10:34 AM
Zezo replied at 20-8-2024 09:04 PM
Hilang dah kshaking dia lepas kena gertak dgn PW.

apa issue dia dgn PW?
Quote suesz 21-8-2024 11:35 AM
kemaruk replied at 20-8-2024 10:33 PM
Dulu  sembang nak gegar 9 dragon

Sekali dia kenal sape 9 dragon, terus kecut



9 dragon tu siapa?
haritu nampak dalam TT indo pun cakap pasal 9 dragon ni..
Quote Zezo 21-8-2024 11:51 AM
prettyuglybabe replied at 21-8-2024 10:34 AM
apa issue dia dgn PW?

Sb dia promot Ketum Metal (QM) salah satu, then satu per satu tumpah modus operandi dia. Ada dia ambil duit utk tolong mangsa scam, tp kes tak selesai. Bila mangsa minta balik refund. Dia ugut plak. Tu yg sampai harini diam tu.
Quote Radzor 21-8-2024 02:29 PM
abas8888 replied at 21-8-2024 08:14 AM
siapa 9 dragon tu?

9 dragon
Quote otai_g 21-8-2024 02:44 PM
Radzor replied at 21-8-2024 02:29 PM
9 dragon

9 dragon is real ya guys.
Quote noor2 21-8-2024 08:45 PM
Terus senyap dia ni...
Quote akido_kido 22-8-2024 12:04 AM
Zezo: Hilang dah kshaking dia lepas  ...


PW siapa

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059292 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top