CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skuad bola sepak SUKMA Kelantan bukan 'paling daif'

21-8-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 40226| Komen: 15

 

KUCHING: Pasukan bola sepak Kelantan di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak menerima pelbagai insentif termasuklah elaun dan sut pakaian lengkap sepanjang tempoh beraksi di temasya dwi-tahunan itu.

Malah, barisan mereka akan menerima duit poket tambahan setiap kali meraih kemenangan sekali gus menafikan skuad itu dianak tiri atau dibiarkan terkontang-kanting di Bumi Kenyalang.

Situasi terbabit disahkan Pengurus Pasukan Kelantan, Datuk Azmi Ariffin yang berkata, setiap pemain Kelantan mempunyai gaji atau elaun tetap berikutan mereka turut beraksi untuk skuad Piala Presiden.

Katanya, pasukan terbabit terlebih dahulu berada di Sibu untuk menjalani latihan susulan sebelum berangkat ke Mukah bagi mengharungi SUKMA sekali gus menolak tanggapan segelintir pihak bahawa Kelantan tidak melakukan persiapan rapi.

"Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) dan pengurusan pasukan mengambil berat keadaan dan kebajikan pemain sepanjang tempoh menyertai SUKMA.


"Saya tidak faham bagaimana isu mengenai tiada pakaian dan elaun boleh timbul sedangkan setiap kali menang akan diberikan imbuhan.

"Pada masa sama, segala permintaan pemain termasuk menaikkan elaun kemenangan juga dipenuhi terutamanya selepas menundukkan Johor," katanya.

Terdahulu, timbul isu bahawa Kelantan beraksi tanpa elaun, pakaian rasmi kontinjen dan sebarang bentuk bantuan, sehingga disifatkan sebagai satu pasukan paling 'daif' yang beraksi di SUKMA Sarawak.

Walaupun serba kekurangan, kejutan menewaskan pasukan Johor yang diperkuatkan dengan majoriti pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II di suku akhir amat mengejutkan ramai pihak.

Sementara itu, Azmi berkata bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan bersama ketua jurulatih untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu dibangkitkan itu.

"Saya sedia maklum isu ini dibangkitkan jurulatih. Untuk pengetahuan, kami mengambilnya hanya dalam tempoh sebulan namun menyebar perkara tidak benar mengenai pasukan," katanya.

Dalam aksi separuh akhir di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), petang esok, Kelantan dijadualkan menentang Wilayah Persekutuan manakala juara bertahan, Terengganu akan bertemu Melaka di Stadium Mukah.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-8-2024 11:59 PM
Sendu.

Motif korang tak layan SUKMA? SUKMA bebas agenda woke lgbtq tau.
Quote sharlenetexas 22-8-2024 12:01 AM
Jdt ii kalah kat pasukan yg dikatakam daif?

Quote sharlenetexas 22-8-2024 12:02 AM
dua_chzy replied at 21-8-2024 11:59 PM
Sendu.

Motif korang tak layan SUKMA? SUKMA bebas agenda woke lgbtq tau.

Dulu tokti nyanyi atas gajah pakai kasut roda.

Quote akido_kido 22-8-2024 12:03 AM
Kesian kelantan asyik kena label miskin je
Quote duri_durians 22-8-2024 08:26 AM
sharlenetexas replied at 22-8-2024 12:01 AM
Jdt ii kalah kat pasukan yg dikatakam daif?

aku layan.. hehe. best lagi tengok ni drpd olimpik. nampak la muka anak jati. tgk bola wanita, futsal, olahraga. harap dorang teruskan melatih diri supaya jadi lebih hebat dan mencapai taraf antarabangsa. jangan hanya puas di taraf sukma.

game bolasepak kelantan lawan johor aku tengok. memang best. johor tu diperkuatkan pasukan jdtII? tapi tengok permainan kurang serasi. aku tengok pavithran je lawa main. dgn sorang lagi tak ingat sape. najmudin pun kurang menyerlah. kelantan main lebih bersemangat. abang defend kat blkg tu nampak lawak, macam pakcik2 kelakar kat kenduri kahwin tapi padu pertahanan beliau

Quote dua_chzy 22-8-2024 09:04 AM
1000121893.jpg

Up tered sebab sendu.

Yang terasa Olimpik penuh dosa, layan la SUKMA.
Quote dua_chzy 22-8-2024 09:05 AM
Student aiol dapat nombo 3 lari 2000 meter berhalangan yesterday. Sila tahniahkan beliau. Tak sia2 gomen Malaysia bagi IC. Dia sorang ja dapat IC, adik beradik lain tadapat. Sebab deol bukan Islam. Keh.

#ytjt
Quote axl_bach 22-8-2024 09:10 AM
akido_kido replied at 22-8-2024 12:03 AM
Kesian kelantan asyik kena label miskin je

Yg naikkan cerita hasanah ni bukan Amirr Hashim ke? Katanya dia sendiri ketua jurulatih bola Sukma Kelate.....

Ke Amir Hashim tu sendiri watak yg dihasanahkan?
Quote KamikuP 22-8-2024 09:36 AM
hABISLA nnti pemain kelate kene 'simbah'.. eyhh...
Quote prince_marhaen 23-8-2024 08:36 AM
kesian adik2 tayang duit sekeping rm100 tu... ni kalau kakak2 nonok kaya hulur 3-4ratus mesti hulur ciknek ni..
Quote Suchi 23-8-2024 08:40 AM
duri_durians replied at 22-8-2024 08:26 AM
aku layan.. hehe. best lagi tengok ni drpd olimpik. nampak la muka anak jati. tgk bola wanita, fut ...

Atleast sukma atlit yg lari pecut bebas pakai tudung dan suar panjang
Tak perlu la nk pakai spenda.
Quote Suchi 23-8-2024 08:42 AM
dua_chzy replied at 22-8-2024 09:05 AM
Student aiol dapat nombo 3 lari 2000 meter berhalangan yesterday. Sila tahniahkan beliau. Tak sia2 g ...

Lah
Ummah mana tu pinoy ke?
Camtu je dapat ic
Iols harap mana2 yg kawen negro dah boleh start berlatih sukan sejak bleh berjalan mana tau bleh jd atlit wakil negara.
Atleast berbaloi bg ic sbb salah sorang mak pak mmg malaysian
Quote duri_durians 23-8-2024 10:09 AM
Suchi replied at 23-8-2024 08:40 AM
Atleast sukma atlit yg lari pecut bebas pakai tudung dan suar panjang
Tak perlu la nk pakai spenda ...

betul tu . budak2 laki pun ada je yg pilih pakai legging. reti tutup aurat.

Quote dua_chzy 23-8-2024 10:39 AM
Suchi replied at 23-8-2024 12:42 AM
Lah
Ummah mana tu pinoy ke?
Camtu je dapat ic

Ndon.

Apa lak camtu ja. Dia dapat IC bukan pasal SUKMA. . Dia anak ketujuh, paling bongsu, dia ja dapat IC lepas dah bertahun tahun tahun meka memohon. Kalau dia Muslim, sah2 dari anak nombor 1-7 boleh dapat IC.

Aiol ok dia dapat IC sebab sukan, akademik, sahsiah, suna cemerlang.
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 12:49 PM
mcm sunyi je sukma ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top