MOSCOW: Russia memusnahkan 45 dron Ukraine dalam serangan yang berlaku semalaman pada Selasa dan Rabu, termasuk 11 dron di wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Russia, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata sebanyak 11 dron ditembak jatuh di wilayah Moscow, menjadikannya antara serangan dron terbesar yang pernah berlaku di wilayah itu. Selain itu, menurut Kementerian Pertahanan Russia 23 dron lagi dimusnahkan di wilayah Bryansk, enam ditembak jatuh di wilayah Belgorod, tiga di wilayah Kaluga dan dua di wilayah Kursk. Sementara itu, tiga serangan balas oleh Angkatan Tentera Ukraine menghala ke Avdeyevka berjaya digagalkan pada malam itu. Sumber : Berita Harian |
akido_kido: Kenapa kurang liputan pasal perang ukrain rusia..kalau ada pun biasa video pendek je.kalau palestin banyak video panjang masa kena bom semua.nak cover ...
chacon replied at 22-8-2024 11:13 AM
semalam putin pergi Chechnya jumpa pemimpin islam sana minta bantuan join sekali perang..ukrain sera ...
ChildrenOfBodom replied at 21-8-2024 08:05 PM
remember what happen to napoleon bonaparte and hitler when they invaded Mother Russia?
ADVERTISEMENT