SIK: Sekumpulan jemaah lelaki yang hendak menunaikan solat Maghrib di sebuah surau Kampung Namek Tua, di sini terkejut sebaik menyedari kehadiran ular tedung selar di atas para tingkap surau berkenaan, hari ini. Ketika itu, ular tedung selar sepanjang tiga meter itu dipercayai mengembangkan kepalanya dan bersedia untuk mematuk apabila rasa terancam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata kejadian itu disedari seorang jemaah yang dalam saf yang terdengar dengusan sebelum ternampak ular tedung selar berkenaan. Beliau berkata, mereka kemudian menghubungi BBP Sik dan sebahagian jemaah meneruskan solat secara bergilir-gilir bagi memastikan ular itu tidak lari sebelum bomba sampai. "Sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahnizam Darus tiba di lokasi bersama enam anggota sebaik menerima panggilan pada jam 8.10 malam.
"Tindakan operasi adalah menggunakan peralatan khas bagi menangkap ular tedung selar itu dan anggota kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia berbisa itu. "Ular itu bertindak agresif dan membahayakan ketika anggota kami cuba menangkapnya, namun dengan kemahiran yang ada pada anggota, ular itu berjaya ditangkap," katanya ketika dihubungi, hari ini. Zulkhairi menasihatkan orang ramai di daerah itu supaya berhati-hati dengan cuaca yang tidak menentu dan lembap ketika ini. Beliau berkata, ini kerana ular sering menjadikan kawasan sejuk untuk tumpang berteduh dan sepanjang minggu ini sahaja panggilan kecemasan membabitkan ancaman ular yang diterima BBP Sik adalah sebanyak 10 kes. "Ia membabitkan tangkapan ular tedung selar, tedung senduk dan sawa. "Orang ramai juga perlu sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah, selain memastikan kasut diperiksa sebelum disarung untuk kecemasan di luar jangka," katanya. Sumber : Berita Harian |
Gunama replied at 21-8-2024 11:46 PM
Seb baek ular tu x terbang ke hape.
supernaturalee replied at 22-8-2024 10:42 AM
ade ular terbang ke
Gunama replied at 22-8-2024 07:15 PM
Sorry ter’report’. Ko jgn marah aku.
Ni ha…
Chrysopelea, commonly known as the flying snake or ...
supernaturalee replied at 22-8-2024 11:19 PM
Meluncur
Idok le terbang mcm burung tu
Gunama replied at 23-8-2024 10:03 AM
Ok ler level terbang bg ular yg berjela pjg nyer. Kalo terbang cam gagak tu kena ler ada sayap pul ...
ADVERTISEMENT