CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis buru wanita berkaca mata hitam bawa pistol mainan larikan gelang emas RM10,000

21-8-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 42881| Komen: 32

 


ALOR GAJAH – Polis memburu dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada pukul 12.50 tengah hari memaklumkan satu kes curi telah berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Pasar.

Katanya, hasil soal siasat pengadu yang juga merupakan anak pemilik premis memaklumkan, sebelum kejadian suspek wanita telah masuk ke dalam kedai dan berpura-pura ingin melihat gelang tangan emas.

“Pada mulanya pengadu telah serahkan seutas gelang tangan emas yang ingin dilihat suspek dan kemudiannya menyerahkan seutas lagi gelang tangan lain.

“Suspek yang memegang dua gelang emas itu tiba-tiba bangun dari kerusi dan terus berlari masuk ke dalam sebuah Toyota Yaris di hadapan kedai yang di dalamnya ada seorang lelaki sedang menunggu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Tambahnya, ketika suspek bangun dari kerusi, pengadu mendakwa telah terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan di dalam bag tangan wanita terbabit.

“Premis tersebut bagaimanapun tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup, namun pihak polis sedang mendapatkan rakaman yang ada di kawasan di luar kedai berkenaan.

“Empat cap jari telah berjaya ditimbulkan dan akan dihantar untuk pengesanan. Kerugian dialami sekitar RM10,000 melibatkan gelang tangan bentuk kait satu stamping berat lebih kurang 15.83 gram dan gelang tangan bentuk dunhill vencon stamping anggaran berat 13.43g,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 




Sumber : KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-8-2024 10:05 PM
Macam pelik je oramg macam tu rompak kedai emas

Teringat cerita black mirror
Quote ninja boy 21-8-2024 10:11 PM
Filem ocean 8
Quote shalalat 21-8-2024 11:00 PM
Mcm laki je gaya akak tu
Quote sharlenetexas 21-8-2024 11:02 PM
Jantankah?


Quote krustykrab 21-8-2024 11:04 PM
shalalat replied at 21-8-2024 11:00 PM
Mcm laki je gaya akak tu

Kan..mcm jantan
Quote Gunama 21-8-2024 11:34 PM
Hmm byk kejadian ye Melaka skang?
Quote cap_ayam 21-8-2024 11:35 PM
Kedai sederet tabung haji alor gajah ke.. beraninya kak oi  buat kerja kat tempat sempit camtu
Quote Manjahati 21-8-2024 11:40 PM
Kedai emas pun x de cctv…
Quote TeropongThaico 21-8-2024 11:46 PM
Wow nekadnya
Camno kedai emas takde cctv lak deme pun nekad
Nekad2 belaka org melaka ni ya
Quote sapeka 21-8-2024 11:58 PM
Amboih amboih
Mudahnya nak dapatkan duit
Merompak je keje

Ye la tu akak
Macam laki je
Quote akido_kido 22-8-2024 12:10 AM
Jantan la tu tengok pun tahu
Quote tahanie 22-8-2024 12:11 AM
Entah-entah jantan
Quote Purplehaz 22-8-2024 12:35 AM
Mcm wanita dr Timur tgh
Quote Mary_jane 22-8-2024 12:39 AM
Bawa pistol mainan je dia.

Sikit hari lagi kedalam ler tu. Sekali dengan driver yaris.
Quote duri_durians 22-8-2024 08:28 AM
lucu pula baca komen kata dia lelaki.
bukan apa sebab lawa tul dress up dia kalau betul lelaki.
Quote vanillaninja 22-8-2024 08:52 AM
I tengok pic tu sekilas pandang pun tau tu bukan wanita asli tapi jadian.
Quote kikuri 22-8-2024 09:09 AM
kedai emas xde cctv...
Quote dua_chzy 22-8-2024 09:12 AM
Pompuan ke jantan tu
Quote nw111 22-8-2024 09:25 AM
Kedekutnya tokey kedai...tak pasang cctv..kedai mas kot ...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060267 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top