PETALING JAYA – Berdepan gangguan seksual, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan didekati seorang lelaki tidak dikenali yang cuba menunjukkan alat sulit kepadanya. Lebih mendebarkan, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, individu dipercayai warga asing itu turut memegang pisau di tangan kiri ketika mendekati keretanya. “Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! “Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu). Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni. “Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Tambah pelantun lagu Abang Nak Tegur itu lagi, individu terbabit meluru ke arahnya dan menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir. “Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun dari parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Selangor. Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dan meminta pelakon filem Badang itu untuk lebih-berhati dan memasang pengawal peribadi sendiri apabila ke mana-mana. “Dunia sekarang memang takut, macam-macam hal sudah terjadi, rasa sudah tidak selamat lagi,” komen netizen itu. “Lebih baik pakai pengawal peribadi sebab awak orang ada nama, sekarang musim orang baik dah pupus,” demikian komen netizen itu. Insiden membabitkan gangguan seksual pernah berlaku terhadap selebriti lain termasuk Zara Zya, Nadia Brian dan Mekyun. Sumber – KOSMO! ONLINE |
FOTHER-MUCKER replied at 21-8-2024 12:35 PM
Hairanlah seorang lelaki merasa takut melihat lelaki membuka zip seluar.
green~tea replied at 21-8-2024 10:23 PM
Alippppppppppppp!!!!!!!!
Ko takut ke ko bergetar tulang rusuk hahahaha
Rogue98 replied at 21-8-2024 12:37 PM
Takutnye ...dah merata2 tempat ada org giler camni...harap pihak NGO bangkitlah buat protest...takka ...
ADVERTISEMENT