CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 peratus wanita Malaysia kurang Vitamin D​ - Kajian

21-8-2024 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37966| Komen: 106|Original author: FOTHER-MUCKER



PETALING JAYA – Kajian menunjukkan sekitar 60 hingga 70 peratus wanita di Malaysia mengalami masalah kekurangan Vitamin D. Menurut Public Health Malaysia (PHM), perkara itu tidak boleh diambil mudah.

“Antara gejala yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin D ialah sakit pinggang, belakang dan kaki, rambut gugur, mudah jatuh sakit dan mengalami demam selesema.

“Selain itu, mereka juga berasa penat yang berterusan walaupun mendapat rehat mencukupi, sering berasa murung, lesu dan masalah tidur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas PHM, kekurangan vitamin itu lebih ketara dalam kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar kerana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari disebabkan gaya hidup lebih banyak berada di dalam bangunan.

“Kekurangan Vitamin D juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian menutup seluruh badan kerana ia mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari iaitu sumber utama penghasilan vitamin D.

“Masalah kekurangan Vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot dan gangguan imun.

“Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen Vitamin D jika perlu,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 21-8-2024 04:53 PM
eh betul la ni..baru je g buat full medical check up 2 minggu lepas tapi doktor tu kata takpe, tak payah risau..iols tanya nak amek supplemen ke tak, dia cakap tak payah jugak

jadi apa iols kena buat skrg
Quote ninja boy 21-8-2024 05:01 PM
Edited by ninja boy at 21-8-2024 05:04 PM

Dinosor mmg pemalas jemur tgh panas walau 5 minit je pun
Bila berjemur kau dpt tenaga matahari kau jadi bertenaga dan cergas dan virus pengsan
dinosor duduk ekon 16 darjah dia sorang yg tahan aircon 16 asik selesema dan sakit2 org lain pindah buat kerja kat koridor
Quote bpbbppbp 21-8-2024 05:09 PM
Edited by bpbbppbp at 21-8-2024 05:23 PM

girls ramai malas nak kne panas takut gelap. Rmai duk tepek sunblock.
Sunblock designed utk block uva n uvb. Tapi uvb tu perlu untuk vitamin d sintesis. Kalau lower sunblock 15/30 masih blh tembus uvb.
Ptg2 tu spend lah dlm 10-15 dua ke tiga kali seminggu tanpa sunblock untk dptkan vit d. Tpi kalau lme2 kne matahari bahya pulak blh kne skin cancer.  Brsedrhana jelah.
Kalau skin type gelap, perlukan lebih banyak masa sun exposure.
Kalau nak ambil supplement, ambik yg vit D3 lagi bagus dri d sahaja sbb lebih stable. Mne2 yg depression tu ambiklah vit d ni sbb mmg ada kajian depression related kpd kekurangan vit d.
Blh jgak makan telur sbb sbb ada vit d. Tpi fish/cod liver oils lgi byk kandungan vit d
Quote sapeka 21-8-2024 05:10 PM
_kelly replied at 21-8-2024 04:53 PM
eh betul la ni..baru je g buat full medical check up 2 minggu lepas tapi doktor tu kata takpe, tak p ...

Buat biasa je wak
Quote sapeka 21-8-2024 05:11 PM
ninja boy replied at 21-8-2024 05:01 PM
Dinosor mmg pemalas jemur tgh panas walau 5 minit je pun
Bila berjemur kau dpt tenaga matahari kau  ...

Sian dinosor
Dah la tua purba
Degil pulak lagi
Quote ifanonline 21-8-2024 05:14 PM
sape nak vitamin D, i can give for free
Quote _kelly 21-8-2024 05:26 PM
bpbbppbp replied at 21-8-2024 05:09 PM
girls ramai malas nak kne panas takut gelap. Rmai duk tepek sunblock.
Sunblock designed utk block u ...

cahaya matahari tak cukup yach utk vit d..iols ni keluar almost everyday jalan tengah panas berdentum, weekend jogging kat luar lagi..sekali buat medical checkup defficiancy jugak..tanya doc pon doc tak reti explain geram jugak aku last2 beli je supplement makan
Quote asamfish 21-8-2024 05:34 PM
majoriti kawan2 malaysia yang saya kenal tak kira bangsa mmg takut sgt dgn matahari!  takut sgt jadi gelap (kerana masyarakat malaysia beranggapan putih itu adalah kecantikan walaupun sebenarnya putih pucat!).  kadang2 naik bosan bila keluar dgn kwn2 sbb terlalu takutkan cahaya matahari.....yikes!  
Quote adiwarna 21-8-2024 05:37 PM
Duduk opis, rumah berejam dlm aircon, pastu jln sikit masuk keta start enjin, walau kedai sekangkang kera jer, pastu gi jenjalan shopping dlm mall, ada aircon, pastu minum aissss manis mixue zus setabak bagai jer....itu ler way of life nya....
Quote bpbbppbp 21-8-2024 05:37 PM
Edited by bpbbppbp at 21-8-2024 07:15 PM
_kelly replied at 21-8-2024 05:26 PM
cahaya matahari tak cukup yach utk vit d..iols ni keluar almost everyday jalan tengah panas berden ...


Yup, sunshine sumber yg bagus utk vit d tapi x semua dpt vit d yg cukup dari matahari sahaja.
Sun exposure tu pun brgantung pada waktu tertentu, mcm musim winter/hujan less intense, time of the day, 10 pagi tu strong smpai 3 pm,   skin type uol, dan kalau uol wanita mesti pkai baju yg lebih menutupi, dan deficiency blh dipengaruhi oleh environment, genetic dan lifestyle. Biasanya dok bagi vit D3 untuk yg deficiency dan lebih berkesan, tapi kalau uol vegan, ambil d2 sbb ni biasa dari plant, D3 dri haiwan. Uol try ambil supplement dri australia sbb lbih trusted dan bersih.
Quote kakacantikkan 21-8-2024 05:39 PM
antara penyebab kelahiran autism
Quote kakacantikkan 21-8-2024 05:40 PM
_kelly replied at 21-8-2024 04:53 PM
eh betul la ni..baru je g buat full medical check up 2 minggu lepas tapi doktor tu kata takpe, tak p ...

i minum redoxon yg ada vit D sekali tu..da 2bln minum..i rs ada improve la..dr segi kulit n eyebag..sakit2 sendi pun da xda
Quote pooh~key 21-8-2024 05:41 PM
_kelly replied at 21-8-2024 04:53 PM
eh betul la ni..baru je g buat full medical check up 2 minggu lepas tapi doktor tu kata takpe, tak p ...

Kalau kau murung bunuh diri kau hantui doktor tu tau sissy. Kacau dia tiap malam sissss…
Quote pooh~key 21-8-2024 05:42 PM
ifanonline replied at 21-8-2024 05:14 PM
sape nak vitamin D, i can give for free

That’s dick, sissy…
Quote pooh~key 21-8-2024 05:44 PM
_kelly replied at 21-8-2024 05:26 PM
cahaya matahari tak cukup yach utk vit d..iols ni keluar almost everyday jalan tengah panas berden ...

Kena ada magnesium yang tinggi juga dalam badan sis, untuk dapatkan benefit vit D tu sissy. Doktor kau tak bagitau ke perkara tu sissy? Losernya doktor itteww sila minta heshe serahkan kembali title doktor itteww yach sis.
Quote pooh~key 21-8-2024 05:46 PM
_kelly replied at 21-8-2024 05:26 PM
cahaya matahari tak cukup yach utk vit d..iols ni keluar almost everyday jalan tengah panas berden ...

Make sure kalau kau ambil supplement vit D3, kau consume jua supplement magnesium yach sis. Ambik in form of magnesium glycenate tau sissy, yang tu paling mudah perut absorb sis.
Quote ifanonline 21-8-2024 05:48 PM

that is all you ever need baby
Quote aechae 21-8-2024 06:03 PM
Iols tahap ‘deficiency’ okeyhh
Tp iols ckp kt laki iols i sebenarnya kurang vitamin Duit…bg duit i okeh je
Quote Beatrice12883 21-8-2024 06:16 PM
aechae replied at 21-8-2024 06:03 PM
Iols tahap ‘deficiency’ okeyhh
Tp iols ckp kt laki iols i sebenarnya kurang vitamin Duit…bg dui ...

saya faham betul! Kadang-kadang saya juga kekurangan “vitamin” duit. Mungkin cuba berbincang dengan pasangan tentang bajet dan simpanan.
Juga, cuba cari sumber pendapatan tambahan, walaupun perubahan kecil boleh membantu. Semoga berjaya!


salam hormat, Beatrice :-)

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050945 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top