|
Aktor kacak Remy Ishak telah mencuri perhatian ramai dan mengejutkan tetamu yang hadir apabila tampil dengan imej bertindik pada bahagian hidung semasa menghadiri sidang media drama terbaharunya berjudul The Secret. Memetik mStar Online, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 42, menjelaskan subang yang dipakai itu palsu dan hanya untuk fesyen semata-mata. Malah, aktor ini mengakui tidak bimbang jika penampilannya itu mengundang kecaman netizen. “Tindik hidung ni tipu tau... Ini cuma sekadar fesyen, bagilah peluang. “Dulu tak boleh buat, nanti kena kecam sebab belum kahwin dan belum ada anak. “Sekarang dah ada dua-dua tu, lantaklah kalau netizen nak kecam ke apa,” katanya.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.275336 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.