Penceraian bukanlah sesuatu untuk diraikan oleh sesiapa pun apatah lagi apabila melibatkan orang yang langsung tiada kena mengena dengan hidup kita. Memetik Beautifulnara, penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihati pengikutnya di media sosial agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang dilalui oleh orang lain. Katanya, kita sebagai orang luar tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku jadi tidak bolehlah terus menghakimi hal rumah tangga orang lain terutamanya yang melibatkan perceraian. "Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar. Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari."
|
Lampuled replied at 21-8-2024 01:45 PM
Ira takde video cerai. Acik jer yg ada.
ADVERTISEMENT