CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan ingat kami gembira Syamsul dan Ira bercerai" – Yusof Haslam

21-8-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19418| Komen: 30


 

Pengarah dan pelakon filem popular, Syamsul Yusof yang bercerai dengan pasangannya Ira Kazar dua hari lalu telah mengejutkan ramai dan hingga kini menjadi bualan ramai.

Ekoran penceraian itu, ada netizen yang berkata ibu bapa Syamsul pasti gembira dengan tindakan anaknya itu.

Memetik Kosmo, Pengarah Datuk Yusof Haslam tampil menafikan dakwaan sebilangan pihak mengatakan dia dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail bergembira dengan berita perceraian Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Yusof, 70, memberitahu, sebagai orang tua dia sekeluarga mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.

“Sebagai mak ayah saya doakan yang terbaik buat anak.

“Khalayak jangan salah faham mengatakan kami sekeluarga gembira mendengar berita itu (perceraian). Saya percaya setiap apa yang berlaku ada sebab mengapa Allah tentukan.

“Sejujurnya saya dan isteri terkejut mendengar berita perceraian itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia di sini hari ini.



Sementara itu, Yusof memaklumkan dia tidak menyimpan harapan agar Puteri Sarah Liyana kembali bergelar isteri kepada Syamsul.

“Semalam Puteri Sarah ada datang berjumpa saya dan isteri. Reda sahaja.

“Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri. Biar mereka tentukan.

“Saya cuma mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Semalam, nama Syamsul hangat diperkatakan selepas memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Perceraian itu dikatakan berlaku disebabkan tiada kesefahaman.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga dia dan isteri diperkatakan sejak Oktober tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara itu.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu. 


Sumber : KOSMO ONLINE









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 21-8-2024 08:22 AM
Alaa takpe datuk. Kami gembira je kifarah utk mereka semua. Jangan naya org. Takkan kekal aa gitu.
Quote adeqbun 21-8-2024 08:40 AM
at this point, sol yg problem..ni bkn isu sape sondol sape..ni isunye sol ni gagal sbg suami,asik menjandakan anak dara org..boikot sol!
Quote Hoola 21-8-2024 08:51 AM
Edited by Hoola at 21-8-2024 08:58 AM

at some points tke it as a biggg lesson
1)perlu restu ibubapa
2)kifarah ada balsannya yg tsndiri
3)kalu xbsedia, jgn kwin
kwin bkn nk seronok sbln dua
tp komitmen n tjwb spjg hyt
4)kalu xpnh puas atau cukup dgn sorg bini/pmpuan, silalah kwin cukupln kuota 4bini
atau xyh kwin kalu stkt nk mnghalalkan konon atau btujuan utk mnjndkan ank org suatu ms nnti

mesej tplng penting ini dbwkan khas secara percuma oleh achik hoola jando

#sol sol sol
#soultosoul
Quote edayildiz 21-8-2024 08:55 AM
gembira tu tak mayb lega la mcmtu
Quote Aribaariba 21-8-2024 10:40 AM
Mau x lega dato oiiii... nk ke menantu yg jenis tersebar video n photo aib, nnt sedara mara, jiran, geng2 dato datin menyoal soalan sensitip pasal menantu came? Besan pulak ya ampun mulut n mental. Adik2 beradik menantu pun apa ke jenis nye. So, mcm terlepas Dr situasi x menyenangkan .lega la tu
Quote kucingitam 21-8-2024 10:44 AM
tapi datin happy kan.. sol ni problematic la..aku agak dia ni jenis hardworking..gila kerja tak peduli anak bini bila tgh concentrate buat kerja.. kerja editing tak balik2.. bini rasa terabai la bila jadi gitu..
Quote noor2 21-8-2024 10:49 AM
Tak pela tok Sop...tuhan tau semuanya..x payah minta validation dari manusia pun....susahla semua benda risau fikir apa manusia kata..
Quote kakasotong 21-8-2024 10:53 AM
Edited by kakasotong at 21-8-2024 11:09 AM

Dalam konflik family The Haslam ni paling meols kesian dengan Toksop. Nampakla yg sedaya upaya untuk jd neutral. Itulah fungsi seorang ketua keluarga, x ambil belah mana2. Meols kesian juga nama & imej Toksop terjejas teruk akibat kontroversi anak menantu. Dari bini, anak, menantu semua buat perkara memalukan dia. Penat bina nama sendiri, jaga elok2, imej punya la bersih sampai la anak menantu buat hal. Dengan bini Toksop nya sama naik memalukan Toksop.

Meols memang kenal Toksop ni dengan imej yg bersih. Yg meols tahu dlu Toksop ni orang susah kerja konduktor bas je sampai la bila jadi pelakon kumpul harta sendiri boleh bina empayar Haslam.

Dulu Toksop cuma tengok retis sendiri je bergaduh akibat kes sondol menyondol (kes normiang-bakyah, ac-shafnie). Sekarang diri sendiri mengalami bila anak buat benda yg sama macam normiang.
Quote syamzana 21-8-2024 10:54 AM
ape ke hanattt anak camni, dia yg buat hal org lain kene menjawab. mak,ayah, bekas bini habis kene menjawab soklan perihal dia.
bertahun tak blk umah ujung2 buat taik org kene cuci. dia elok membatu sunyi sepi
patut sekeh byk2 ada skru longgar kat kepala tu.
Quote noor2 21-8-2024 10:58 AM
kakasotong replied at 21-8-2024 10:53 AM
Dalam konflik family The Haslam ni paling meols kesian dengan Toksop. Nampakla yg sedaya upaya untuk ...

Ya...setuju sgt...dia ni nampak ok lah dari bini dia
Quote pocongkiutss 21-8-2024 11:05 AM
kakasotong replied at 21-8-2024 10:53 AM
Dalam konflik family The Haslam ni paling meols kesian dengan Toksop. Nampakla yg sedaya upaya untuk ...

Jgn lupa dia sendiri pun pernah disondol & tersondol..tp kembali ke pangkal jalan
Quote kakasotong 21-8-2024 11:08 AM
noor2 replied at 21-8-2024 10:58 AM
Ya...setuju sgt...dia ni nampak ok lah dari bini dia

Meols memang kesian dengan Toksop sebab setiap kali tengok iv Toksop memang nampak sangat dia sedih lepastu kadang sampai mengalir airmata dia. Barangkali sedih dengan perangai anak, lepastu anak pula xbalik rumah, dengan malu lagi hal peribadi keluarga dia jadi buah mulut orang. Toksop kan memang bersih dari kontroversi. Alangkan artis yg buat hal masa berlakon bawah Skop Production dulu pun dia buang dah xambil berlakon. Punyalah nak jaga imej baik brand Yusof Haslam. Cenggitu je diburukkan bini anak menantu.  
Quote kakasotong 21-8-2024 11:12 AM
pocongkiutss replied at 21-8-2024 11:05 AM
Jgn lupa dia sendiri pun pernah disondol & tersondol..tp kembali ke pangkal jalan

Ni pun dia sendiri yg cerita kan dalam Romantika Astro. Mujurlah Toksop tersedar awal. Tapi xde lah dijaja cerita merata sampai memalukan macam sekarang. Kes pun tutup kemain rapat sampai la tuan empunya badan sendiri cerita kisah lama.
Quote noor2 21-8-2024 11:12 AM
kakasotong replied at 21-8-2024 11:08 AM
Meols memang kesian dengan Toksop sebab setiap kali tengok iv Toksop memang nampak sangat dia sedi ...

Nampak muka dia mcm menanggung beban....
Quote Claudia_Lestat 21-8-2024 11:54 AM
kesiannya toksop ni bila anak lelaki buat hal.
Quote Noraniza_Iblis 21-8-2024 01:45 PM
Aribaariba replied at 21-8-2024 10:40 AM
Mau x lega dato oiiii... nk ke menantu yg jenis tersebar video n photo aib, nnt sedara mara, jiran,  ...

PS dlu tak bertebar ke gamba aib sheols..
ckp tk pakai otak
Quote Moklove92 21-8-2024 01:58 PM
Tapi toksop memang real definition of a man la. Cara dia handle issue ni, tak memburukkan mana2 pihak memang patut dipuji.
Quote hokeypokey 21-8-2024 02:08 PM
Tok sop dulu busy sgt tak cukup masa nk didik sol jadi laki yg baik, tak cukup kena rotan si sol tu
Quote noor2 21-8-2024 02:13 PM
Noraniza_Iblis replied at 21-8-2024 01:45 PM
PS dlu tak bertebar ke gamba aib sheols..
ckp tk pakai otak

Hehe...betul juga

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047628 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top