CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Netizen Terkejut Dengar Pengakuan Tunku Azizah Mengenai Harga Tudung Baginda - “Daripada saya beli tudung bawal 80 ribu, baik saya beli emas kan" ...

20-8-2024 07:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44813| Komen: 51

 


Netizen baru-baru ini dikejutkan dengan pengakuan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai pilihan fesyennya, khususnya dalam pemilihan tudung. Dalam satu wawancara bersama media, Baginda mendedahkan bahawa tidak memakai tudung dengan harga puluhan ribu ringgit, tetapi lebih gemar mengenakan tudung jenama biasa yang lebih ringkas dan praktikal.

“Daripada saya beli tudung bawal 80 ribu, baik saya beli emas kan, betul tak?” ujar Tunku Azizah dengan tenang, sambil menyatakan bahawa baginda lebih mengutamakan pelaburan dalam emas daripada menghabiskan wang yang banyak untuk tudung.


Pengakuan baginda ini menarik perhatian ramai yang dikongsikan di laman TikTok, lebih-lebih lagi dalam kalangan rakyat yang terkejut dengan pandangan baginda yang amat bersederhana dalam berfesyen.


Walaupun baginda akui mengenakan aksesori mewah seperti beg jenama Gucci dan Louis Vuitton (LV), baginda menegaskan bahawa baginda tidak terlalu obses dengan barangan mewah.


“Saya tak pandai, saya bukanlah seorang fashionista, pakai ropol-ropol. Saya selesa dengan fesyen ringkas,” tambah baginda lagi. Baginda memilih untuk tampil dengan gaya yang lebih sederhana tetapi tetap elegan, tanpa perlu berlebihan dalam bergaya.

Pernyataan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang memuji sikap baginda yang sederhana dan tidak terikut-ikut dengan trend fesyen yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ramai juga yang bersetuju dengan pandangan Tunku Azizah bahawa lebih baik melabur dalam emas, yang dianggap sebagai aset yang lebih berharga dan tahan lama.

 

Tunku Azizah dikenali sebagai seorang raja yang dekat di hati rakyat, dan pengakuan terbaru baginda ini sekali lagi menegaskan sifat baginda yang rendah diri dan bijak dalam membuat pilihan, terutama dalam soal perbelanjaan dan gaya hidup.


Sumber: Murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 20-8-2024 09:42 PM
Jadi berapa harga tudung bawal yang selalu dok pakai? Mustahil pakai yang harga rm10 tu . Koman2 ratus2 tudung bawal. Ada ke tudung bawal harga ratus2? Iols marhaen dok beli yang rm8 rm10 tu je.
Quote Rogue98 20-8-2024 09:44 PM
Achik founder Bawal Exclusive menangis Di hujung katil...
Quote newyork 20-8-2024 09:50 PM
Bawal 60 ringgit tu ..ok lah tu .
Quote bpbbppbp 20-8-2024 09:57 PM
Dia pakai brand apa yg marhaen itu? Biasa tgk tudung lv je
Quote hyie 20-8-2024 11:01 PM
so far dress sense sheols ok jah bagi iols, nampak elok terletak je. Tudung pun tak nampak over.
Quote jfq 20-8-2024 11:29 PM
Dia beli ke?
Atau bnyk dpt free2 vendor hadiah?
Quote ninja boy 21-8-2024 12:44 AM
Emas kena byr zakat
Quote DARSITA 21-8-2024 01:48 AM

Kenapa nak beli emas? kan dah kaya raya? you just need org kedai bawa their new collection to Istana ..pilih dan beli terus bukan kena menabung mcm rakyat biasa pun.

Quote TOPwind 21-8-2024 06:10 AM
mahal murah pun apa bezeNYA,

semuanya dpt free

Quote Cleocatra 21-8-2024 06:34 AM
Azmee tambah collection VCA dia je la. Kan azmee kan..
Quote Thunderclouds 21-8-2024 06:42 AM
Dia ank soltan.
Dia jugak sultanah.
Mantan permaisuri agong sama.
Dia xperlu validation sapa².
Dia maknosia privileged.
Yg dok puji puja humble bgai tu tolong bangun dr tidoq.
Quote matjerk 21-8-2024 07:00 AM
kotakbaju: Jadi berapa harga tudung bawal ...

Bawal yg taburan batu simple biasa saje... rm110...plg murah.
Quote TomyamPuteh 21-8-2024 07:00 AM
Bawal exclusive 60 hinggit dh x wujud dh cik oiii. Plg bodoh pun 100.
Quote SalenaGomez 21-8-2024 07:30 AM
Thunderclouds replied at 21-8-2024 06:42 AM
Dia ank soltan.
Dia jugak sultanah.
Mantan permaisuri agong sama.

Pendapat SG, ok je dia bg statement tudung xde yg harga puluh ribu. Sekurang2 nya dia convey message pd rakyat better la beli emas dr membazir beli tudung mahal2 puluh ribu. Setakat below rm1k ok la utk level dia. Puluh ribu mmg betul bazir sgt sbb emas boleh turun ke anak cucu

Dia pon tahu, nasib anak dia x tentu mcm mana esp anak pempuan, lagi2 kawen bukan yestana.

Apa2 pon, mmg good advice go for emas n not for tudung puluh riban
Quote kotakbaju 21-8-2024 08:05 AM
matjerk replied at 21-8-2024 07:00 AM
Bawal yg taburan batu simple biasa saje... rm110...plg murah.

Macam mana uols quote post iols ni ek? Sebab takde dapat noti kata uols reply iols.

Oh mahal juga tu. Iols ada juga tudung bawal tabur2 tapi tabur manik biasa je la. Baru belas2 hengget.
Quote vanillaninja 21-8-2024 09:28 AM
TomyamPuteh replied at 20-8-2024 11:00 PM
Bawal exclusive 60 hinggit dh x wujud dh cik oiii. Plg bodoh pun 100.

100 ni ada manik2 ke? Or plain ones? Brand tu memang semua ada manik2 eh?
Quote sangbara2020 21-8-2024 09:34 AM
kalau ongkaye humble brag bagai la....
apesal ati aku itam tetibe nih
Quote green~tea 21-8-2024 09:45 AM
Betul lah dia cakap tu... bawal is just COTTON!! daripada beli bawal letak batu2 merelip nak cuci pun payah, gosok payah or kalo dia nak pakai buang pun tak boleh...  better dia pakai bawal takde batu permata buleh pakai buang, mudah urus.... and just invested on something more sustainable
Quote ifanonline 21-8-2024 09:49 AM
Edited by ifanonline at 21-8-2024 09:50 AM
Thunderclouds replied at 21-8-2024 06:42 AM
Dia ank soltan.
Dia jugak sultanah.
Mantan permaisuri agong sama.

agreed...manusia miskin shj seek validation from others...that is why luxury brands target poor people

poor ni tidak bermaksud miskin duit shj, tetapi miskin peribadi, miskin akhlak, no self esteem, miskin akal, etc...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051074 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top